Ahad, 19 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


China gesa Syria henti konflik

Posted: 18 Feb 2012 03:30 PM PST

Dunia

BASHAR al-Assad (kanan) bermesyuarat dengan Zhai di Damsyik, semalam.

BASHAR al-Assad (kanan) bermesyuarat dengan Zhai di Damsyik, semalam.

Semua pihak perlu sekat keganasan untuk pilihan raya secara aman

DAMSYIK: Timbalan Menteri Luar China, Zhai Jun menggesa semua pihak di Syria menghentikan keganasan bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara aman selepas perbincangan Damsyik dengan Presiden Bashar al-Assad semalam, lapor media tempatan.

"Pendirian China adalah menggesa kerajaan, pembangkang dan pemisah untuk menghentikan keganasan dengan segera," kata Zhai sambil menambah bahawa ia adalah penting supaya ketenangan kembali secepat mungkin kerana ia adalah untuk kepentingan penduduk Syria. "Kami berharap pungutan suara terhadap satu perlembagaan baru dan juga pilihan raya akan datang berlangsung dengan aman," katanya yang dipetik televisyen tempatan.

Khamis lalu, kumpulan pembangkang Syria menolak satu perlembagaan baru yang dirangka yang boleh menamatkan pemerintahan parti tunggal hampir lima dekad dan menggesa pengundi memboikot pungutan suara pada 26 Februari.

Jawatankuasa Koordinasi Kebangsaan bagi Perubahan Demokratik memberitahu adalah sukar bagi kita untuk mengambil bahagian dalam referendum ini sebelum pembunuhan dan keganasan dihentikan.

Pertemuan Zhai dan Assad diikuti rundingan bersama rakan sejawatnya, Faisal Meqdad, lewat Jumaat selepas beliau menyatakan masyarakat antarabangsa perlu menghormati kedaulatan Syria.
"Kami bertukar pandangan mengenai cara untuk mengukuhkan kerjasama kita dalam berhadapan dengan tempoh sukar ini di Syria," kata Zhai di mana kerajaannya bersama Moscow dua kali menyekat kritikan Majlis Keselamatan PBB terhadap tindakan keras regim Damsyik berhadapan dengan kebangkitan selama 11 bulan.

"Kedaulatan, penyatuan, kebebasan dan integriti Syria perlu dihormati semua pihak dan masyarakat antarabangsa," katanya yang dipetik agensi berita rasmi Syria Arab News. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Komen