Isnin, 23 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Balas kebiadaban tentera AS

Posted:

Balas kebiadaban tentera AS

Balas kebiadaban tentera AS


Gambar yang dipetik dari video YouTube yang tidak bertarikh, menunjukkan askar Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. – REUTERS


KABUL 23 Jan. – Seorang tentera Afghanistan yang menembak mati empat tentera Perancis berkata, dia melakukan serangan itu selepas berang menonton rakaman video yang menunjukkan empat anggota Marin Amerika Syarikat (AS) mengencing mayat pemberontak Taliban.

Serangan ke atas tentera Perancis yang tidak bersenjata itu pada Jumaat lalu, berlaku di pangkalan timur Afghanistan dan turut menyebabkan 15 lagi tentera cedera dengan lapan daripadanya parah.

Insiden itu turut menyebabkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengancam menarik keluar tenteranya di negara ini dan menghantar Menteri Pertahanan, Gerard Longuet ke Kabul.

Seorang tentera Afghanistan, Abdul Mansour, 21, telah ditahan dan disoal siasat ekoran insiden serangan itu.

"Ketika siasatan awal oleh tentera Perancis, dia memberitahu melakukan serangan itu kerana berang dengan tindakan anggota Marin AS itu," kata seorang pegawai tentera Afghanistan kepada AFP.

Kenyataan itu sekali gus menyokong sumber perisikan daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan yang enggan dikenali yang menyatakan, Abdul tidak mempunyai hubungan dengan Taliban.

Menurut sumber itu, Abdul turut merujuk kepada satu lagi rakaman video yang menunjukkan tentera Britain mencabul kanak-kanak Afghanistan.

Kurang seminggu selepas tersebarnya video anggota Marin AS itu, polis tentera Britain telah menahan dua anggota tenteranya kerana dituduh mencabul seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, kedua-duanya berusia 10 tahun, dan merakam kejadian itu.

Seorang jurucakap di kedutaan Britain di Kabul berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung tuduhan pencabulan itu tetapi enggan mengulas mengenai komen tentera Afghanistan itu. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

EU kenakan embargo eksport minyak Iran

Posted:

EU kenakan embargo eksport minyak Iran

EU kenakan embargo eksport minyak Iran

BRUSSELS 23 Jan. - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) hari ini memperketatkan sekatan ke atas Iran, kali ini ditujukan kepada eksport minyak negara tersebut dalam usaha menyekat dana untuk kegiatan nuklear kontroversinya, lapor diplomat.

"EU mempersetujui satu perjanjian politik berhubung sekatan eksport minyak Iran," kata seorang diplomat yang enggan dikenali selepas satu pertemuan antara duta-duta 27 negara anggota blok tersebut di sini, hari ini.

Perjanjian itu diluluskan secara rasmi oleh Menteri-menteri Luar EU dalam pertemuan sehari mereka hari ini.

Kata sepakat tersebut yang dicapai selepas perbincangan selama berminggu-minggu, serta-merta melarang pengimportan minyak mentah Iran dan pemberhentian kontrak sedia ada secara perlahan-lahan yang bertarikh mulai hari ini hingga 1 Julai ini.

Kebergantungan Greece terhadap minyak Iran menyebabkan sekatan tersebut tergendala sebelum ini kerana ia mengimport satu pertiga minyak daripada negara Asia Barat tersebut, selain turut mempunyai masalah dari segi kewangan dengan Teheran.

Greece pernah memohon tempoh peralihan sehingga setahun atau lebih dan perbincangan intensif telah dijalankan selama berminggu-minggu bagi mencari sumber alternatif minyak serta menyelesaikan isu tersebut.

Iran mengeksport kira-kira 20 peratus minyak mentahnya kepada negara-negara EU dengan Greece, Sepanyol dan Itali sebagai pembeli utama.

Selain sekatan itu, duta-duta EU turut bersetuju mengenakan sekatan ke atas bank pusat Iran dan larangan perdagangan terhadap produk petrokimia, emas, logam berharga, berlian, wang kertas serta duit syiling. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan