Isnin, 23 Januari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Cubaan letup rumah gagal

Posted: 22 Jan 2012 08:38 AM PST

DORSET: Seorang lelaki cuba meletupkan kediaman isterinya semalam selepas merempuhnya dengan lori tangki minyak.

Christine Billington, 53, melarikan diri dalam ketakutan ketika suaminya, Hugh Billington, 51, merempuh lori berisi beribu-ribu gelen parafin dua kali terhadap banglo berkenaan sebelum membakar pintu depannya.


Ketika api mungkin menyebabkan letupan besar berlaku kira-kira 30 meter dari sebuah sekolah rendah, seorang lelaki melompat masuk ke dalam lori tangki 25 tan itu dan mengundurkannya dari api yang semakin marak. Darren Fletcher yang menghantar anaknya, Imogen, tujuh, ke sekolah, kemudian menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran itu yang sudahpun merebak di sekeliling lori.

Ekoran kejadian itu, pekerja penghantar bekalan minyak, Billington ditangkap atas tuduhan cuba membunuh.


Darren, 34, pekerja kereta api ketika menceritakan detik cemas itu berkata: "Injap pada lori berkenaan sudah dibuka dan tempat duduk bahagian penumpang sudah dijilat api.


"Cermin depan dan papan pemuka juga terbakar. Enjin lori pula masih hidup ketika saya naik ke bahagian pemandu dan mengundurkan lori itu dari banglo berkenaan."

Christine yang menguruskan perniagaan merapikan anjing, dipercayai berpisah dengan suaminya baru-baru ini dan banglo dua bilik mereka di Wool, Dorset, diiklankan untuk dijual.


Jiran berkata, polis dipanggil beberapa kali ke rumah itu baru-baru ini.

Seorang saksi berkata: "Christine datang ke rumahnya sambil menangis. Suaminya memberitahunya: 'Jika saya tidak dapat anda, tidak ada orang lain yang akan dapat.'" Polis berkata: "Jika lori itu meletup, tidak ada siapa akan selamat." - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Heidi Klum tuntut cerai

Posted: 22 Jan 2012 08:37 AM PST

LOS ANGELES: Supermodel, Heidi Klum semalam dilapor akan memfailkan tuntutan cerai daripada penyanyi Seal, enam tahun selepas mereka berkahwin.

Menurut laman web hiburan, TMZ, dokumen tuntutan cerai itu akan difailkan di Mahkamah Agung Los Angeles awal minggu depan.


Heidi, jelitawan berasal dari Jerman yang berusia 38 tahun itu dilapor akan menggunakan alasan 'perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan' untuk menuntut cerai.

Rabu lalu, Seal, penyanyi R&B yang dilahirkan di London, menulis dalam laman Twitternya: 'Sudah berakhir.' Seal, yang antara lagu popularnya, Kiss from a Rose, melamar Heidi dalam iglu yang dibinanya di glasier di Kanada pada Disember 2004.


Pasangan itu mempunyai tiga anak.


Seal juga secara sah menjadikan anak pertama Heidi sebagai anak angkat. Heidi mengandungkan anak itu ketika dia berkenalan dengan Seal.

Heidi dan Seal terkenal kerana membaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun dalam majlis yang diadakan secara besar-besaran. Laporan mengenai perceraian mereka sudah pasti mengejutkan peminat. - DM



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan