Rabu, 18 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


‘Servis penghantar susu ibu’

Posted: 18 Jan 2012 02:03 PM PST

Dunia

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.

Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaik

JAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan.

Enggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal. "Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak," kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan.

Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari.

Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.

Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita.
Ini turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.

Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja.

Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer.

"Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah," kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung.

Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.

Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita lahirkan anak dalam kereta api

Posted: 18 Jan 2012 02:02 PM PST

Dunia

NEW YORK: Seorang wanita New Jersey mendapat kejutan seumur hidup, apabila melahirkan anak pertamanya dalam kereta api komuter Pihak Berkuasa Pengangkutan Hudson (PATH) ke bandar raya ini.

Wanita berusia 31 tahun itu, Rabita Sarkar dari Harrison, New Jersey, berkata dia mula berasa sakit hendak bersalin namun, tidak terfikir sudah sampai masanya untuk melahirkan anak kerana belum cukup tempoh.

Beliau dan suaminya, Aditya Saurabh yang berusia 30 tahun memutuskan untuk pergi ke bandar raya ini bagi membuat pemeriksaan, kelmarin. Mereka tidak mahu memandu dan membuat keputusan menaiki kereta api dari Harrison ke bandar, memikirkan mereka boleh mengambil teksi ke Hospital Roosevelt di Manhattan.

"Ia disebabkan anak saya tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia," kata Sarkar ketika memeluk erat bayi lelakinya di hospital. Pasangan itu enggan mendedahkan nama bayi mereka atau tarikh sebenar kelahiran.

Ketika menaiki kereta api itu, Sarkar mula berasa sakit hendak bersalin dan dia memberitahu Saurabh untuk memeriksa apa yang berlaku kepadanya. Beliau melihat kepala anaknya sudah keluar.

Dengan bantuan seorang wanita lain dalam kereta api itu dan suaminya, Sarkar akhirnya menyambut kelahiran bayi itu jam 10 pagi waktu tempatan.
Penumpang lain turut memberi galakan dan pasangan itu berkata, seorang gadis menawarkan jaketnya bagi memastikan bayi mereka dalam keadaan selesa.

Pihak berkuasa PATH menukar kereta api kepada ekspres, melepasi kebanyakan hentian supaya pasangan sampai ke destinasi akhirnya di 33rd Street di tengah Manhattan secepat mungkin.

Kakitangan perkhidmatan kecemasan membawa keluarga berkenaan ke hospital.

Pegawai polis yang memberi maklum balas berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang wanita melahirkan anak dalam kemudahan yang dikendalikan pihak berkuasa.

Isu terbesar adalah suhu musim sejuk, kira-kira -1 darjah celcius di luar dan kami perlu memastikan bayi dalam keadaan panas, kata Sarjan Mike Barry. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan