Rabu, 2 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Israel pula hukum Palestin isu UNESCO

Posted: 02 Nov 2011 08:47 AM PDT

Dunia

KAWASAN penempatan Yahudi di Har Homa bagi Israel atau  Jabal Abu Ghneim bagi Palestin   menunjukkan usaha Israel memperluaskannya selepas UNESCO mengambil Palestin menjadi ahlinya.

KAWASAN penempatan Yahudi di Har Homa bagi Israel atau Jabal Abu Ghneim bagi Palestin menunjukkan usaha Israel memperluaskannya selepas UNESCO mengambil Palestin menjadi ahlinya.

Rejim Zionis juga cari sebab serang Iran kerana program nuklear

BAITULMAQDIS: Israel mengumumkan akan membina 2,000 rumah lagi untuk pendatang Yahudi dengan membekukan pemindahan dana cukai Palestin sebagai menghukum mereka atas undian di UNESCO meluluskan kemasukan sebagai ahli badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Rejim Zionis itu mendapat ilham daripada langkah Amerika yang menarik balik dana kepada UNESCO. Malah, ia juga membincangkan serangan terhadap Iran bagi memusnahkan program nuklearnya. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anggota Kabinetnya bersetuju mempercepat pembinaan penempatan di timur Baitulmaqdis dan kawasan berhampiran, sehari selepas UNESCO menerima Palestin sebagai anggota penuh.

"Langkah ini dipersetujui...sebagai hukuman selepas mengundi di UNESCO," kata pegawai kanan kerajaan sebelum Netanyahu mendakwa Israel membuat keputusan itu kerana mempunyai hak berbuat demikian.

"Kami akan bina 2,000 unit rumah termasuk 1,650 kediaman di timur Baitulmaqdis dan selebihnya di penempatan Maaleh Adumim dan Efrat," tambahnya merujuk kepada penempatan besar di timur Baitulmaqdis dan satu lagi antara Baitulaham serta bandar selatan Hebron.

"Kami juga memutuskan untuk membekukan pemindahan dana secara sementara kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA)," tambahnya.
Setiap bulan, Israel memindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin puluhan juta dolar sebagai cukai kastam terhadap barangan yang dihantar ke pasar Palestin yang transit melalui pelabuhan Israel. Peruntukan itu mewakili peratusan besar dalam belanjawan Palestin.

Israel sering membekukan pemindahan dana itu sebagai langkah hukuman dalam hubungan diplomatik atau perkembangan politik yang dilihat sebagai berbahaya.

Sementara itu, Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak cuba meyakinkan Kabinet supaya menyokong serangan terhadap Iran, lapor akhbar Haaretz.

Netanyahu berusaha untuk memenangi sokongan majoriti untuk menyerang Iran tetapi ada beberapa anggota Kabinet menentang serangan itu.

Netanyahu berjaya meyakinkan Menteri Luar, Avigdor Lieberman menyokong serangan itu yang bertujuan memusnahkan keupayaan nuklear Iran.

Tetapi menteri lain dilaporkan menentangnya dengan ramai yang beranggapan yang tindakan terhadap Iran perlu dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Laporan Haaretz keluar beberapa hari selepas spekulasi rancangan serangan Israel terhadap Iran. Isnin lalu, Barak menafikan laporan media bahawa beliau dan Netanyahu sudah memutuskan untuk menyerang Iran walaupun ditentang ketua perisikan dan ketenteraan.

Antara yang masih menentang serangan itu, kata Haaretz ialah Menteri Dalam Negeri, Eli Yishai dari parti ultra-Ortodok Shas, Menteri Perisikan, Dan Meridor, Menteri Hubungan Strategik dan orang kepercayaan Netanyahu, Moshe Yaalon dan Menteri Kewangan, Yuval Steinitz.

Haaretz berkata, laporan keupayaan nuklear Iran dijangka diterbitkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa pada Selasa minggu depan akan membantu keputusan terhadap serangan ke atas Tehran. – AFP/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

50 maut kena renjatan elektrik

Posted: 02 Nov 2011 08:46 AM PDT

Dunia

PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.

PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.

Penduduk Bangkok redah banjir hadapi risiko baru

BANGKOK: Banjir dilaporkan semakin buruk di ibu negara Thailand berikutan lebih banyak kawasan tenggelam manakala jalan raya tidak dapat dilalui.

Lebih 50 penduduk dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik sewaktu memindahkan barangan mereka ketika meredah banjir. Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Pornthep Siriwanarangsan melahirkan kebimbangannya berikutan semakin ramai penduduk yang terbunuh terkena renjatan elektrik.

Beliau berkata, walaupun angka rasmi kematian akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir masih lagi 17, lawatan beliau ke penempatan dan pertemuan dengan penduduk terjejas mendapati jumlahnya 50 kes.

Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan Bang Phai, berikutan banjir semakin buruk. Bang Phai berada di daerah Bang Khae di Bangkok.

BMA menyenaraikan kawasan daerah Bang Chan di daerah Klong Sam Wa di Bangkok sebagai kawasan dalam pemerhatian.
Gabenor Bangkok, MR Sukhumbhand Paribatra turut bimbang mengenai zon barat di ibu negara itu.

"Sistem saliran air di sana tidak baik seperti di zon timur," katanya.
Kawasan yang dilanda banjir, Bang Khae dan Thawee Watthana adalah antara daerah di zon barat.

"Paras banjir kini melebihi satu meter," kata Samart Khemthong, seorang daripada mangsa di sana. Kampungnya, Sakunthip berada berhampiran dengan terusan Thawee Watthana.

Katanya 30 daripada 350 keluarga berkhemah di luar perkampungan mereka bagi menghalang harta benda mereka dicuri.

"Kami sangat memerlukan sebuah bot sekarang ini," kata Samart.

Sanya Sheenimit, yang mengetuai Jabatan Saliran dan Pengairan BMA berkata bahawa pegawai BMA menggunakan bot di kawasan barat yang dilanda banjir.

"Kami sudah memasang lebih banyak pam dan meletakkan penghadang air," katanya.

Sukhumbhand berkata, banjir menjadi ancaman di zon timur Bangkok selepas kerajaan mengarahkan pintu air di terusan Klong Sam Wa dialihkan.

"Lebih banyak tempat di zon timur termasuk kawasan perindustrian Bang Chan berisiko dilanda banjir," katanya. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan