Selasa, 1 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Jepun perlu 30 tahun tutup loji Fukushima

Posted: 31 Oct 2011 04:17 PM PDT

Dunia

REAKTOR unit 1 loji Fukushima ditutup   lapisan pelindung ketika laporan mengatakan pihak berkuasa   masih menghadapi masalah  mengatasi kebocoran radiasi.

REAKTOR unit 1 loji Fukushima ditutup lapisan pelindung ketika laporan mengatakan pihak berkuasa masih menghadapi masalah mengatasi kebocoran radiasi.

Kebocoran radiasi masih belum dikawal sepenuhnya

TOKYO: Jepun memerlukan sekurang-kurangnya 30 tahun untuk menutup dengan selamat loji kuasa nuklear Fukushima Dai-ichi yang rosak selepas dilanda tsunami walaupun ia sudah kurang melepaskan radiasi berbanding sebelumnya dan disifatkan sebagai stabil.

Kes loji terbabit adalah kemalangan nuklear terburuk di dunia sejak Chernobyl pada 1986. Ia rosak teruk berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu. Ia juga dilanda masalah kehilangan kuasa, melebur dan letupan yang melepaskan bahan radioaktif hingga memaksa berpuluh ribu penduduk berpindah dari situ.

Sementara itu, pegawai berkata loji terbabit, kira-kira 240 kilometer ke timur laut Tokyo sudah stabil manakala seorang pakar yang dinamakan Suruhanjaya Kuasa Atom Jepun berkata, mereka akan mengambil masa sehingga 30 tahun atau lebih untuk memastikan ia benar-benar selamat.

Panel terbabit membuat jangkaan itu dalam satu draf laporan yang akan siap akhir tahun ini. Draf berkenaan dimuatkan dalam halaman web suruhanjaya terbabit hujung minggu lalu.

Pekerja loji masih lagi berhadapan dengan masalah untuk mengatasi kebocoran radiasi dari loji terbabit, walaupun kadarnya dikatakan semakin berkurangan.
Panel berkenaan berkata, ia mengambil masa 10 tahun untuk membuang bahan api nuklear selepas kemalangan loji nuklear Three Mile Island pada 1979 di Amerika Syarikat dan menyifatkan proses di Fukushima lebih sukar dan mengambil masa yang panjang.

Ia juga dijangka menelan banyak belanja. Satu laporan Sabtu lalu dalam akhbar Yomiuri menyebut pakar percaya proses terbabit akan membabitkan kos bernilai lebih 1.5 trilion yen (RM58 bilion).

Gempa bumi kuat dan tsunami pada Mac lalu menyebabkan tiga daripada enam reaktor loji terbabit lebur. Letupan juga memusnahkan bangunan mereka selain Unit 4 berhampirannya.

Pegawai di Tokyo Electric Power Co, syarikat yang mengendalikan loji terbabit berkata, mereka berjaya menyejukkan reaktor yang musnah, mencapai matlamat dipanggil 'cold shutdown'.

Tetapi, pembaikan lanjut dan langkah keselamatan masih lagi dijalankan. Panel itu berkata pengalihan rod kuasa di Fukushima tidak akan bermula sehingga 2021.

Sebagai langkah keselamatan, satu daripada unit yang musnah kini memiliki satu gantian daripada bahan kedap udara yang direka untuk mempertahankan partikel radioaktif dalam bangunan berkenaan. Kaedah yang sama juga dirancang untuk bangunan lain.

Pegawai kerajaan juga perlu berhadapan dengan usaha menghalang kebocoran di kawasan sekitar loji. Zon sekitar 20 kilometer di kawasan loji terbabit masih terjejas.

Ketika masalah buruk hampir berakhir, penemuan kawasan radiasi terbaru di dalam dan sekitar Tokyo mencetuskan kebimbangan penduduk di sana di mana ramai ibu bapa sering menjalankan pemeriksaan radiasi di kawasan kejiranan mereka.

Dalam kebanyakan kes, bacaan berada di bawah had tahunan yang diterima di peringkat antarabangsa tetapi pengkritik berkata, standard berkenaan melebihi had Jepun sebelum kemalangan dan kerajaan perlu memperhebat usaha menghalang radiasi terus bocor. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

10 letupan bom gegar selatan Thai

Posted: 31 Oct 2011 04:16 PM PDT

Dunia

SUNGAI GOLOK: Lima daerah selatan Thailand digegarkan 10 serangan bom dalam masa sejam petang kelmarin, dipercayai dilakukan dua beradik, Suhaidi dan Roslan Kubaru yang menjadi buruan polis negara ini sejak kejadian letupan bom di Sungai Golok mengorbankan tujuh nyawa termasuk enam rakyat Malaysia, sebulan lalu.

Lima daerah berkenaan ialah Sungai Golok; Sungai Padi; Yi-ngo; Takbai dan Rueso. Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku antara jam 5.50 petang dan 6.20 petang waktu tempatan itu, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Seorang rakyat Malaysia, Wong Tian, 63, yang dilaporkan menginap di Hotel Inter Tower berhampiran dengan kejadian letupan bom di Sungai Golok dipercayai meninggal dunia secara mengejut awal pagi kelmarin yang dipercayai tiada kaitan dengan pengeboman itu. Sementara itu, Timbalan Pegawai Daerah Sungai Golok, Santi Chuduant, berkata, kejadian serangan bom di Sungai Golok itu berlaku di sebuah kedai menjual alat mainan di Jalan Wangwiwat, jam 6.30 petang kelmarin.

"Dua orang dipercayai menaiki motosikal memasuki kedai berkenaan dan meletakkan tin air buahan yang dipercayai bom buatan sendiri di dalam kedai berkenaan.

"Sepuluh minit kemudian, bom itu meletup tanpa mencederakan sesiapa," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang saksi, Nuratikah Jamaluddin, 22, pembantu kedai kasut berhampiran kedai mainan yang kena letupan bom itu berkata, dia sedang melayan pelanggan sebelum terdengar bunyi letupan kuat.
"Saya lihat orang ramai bertempiaran lari dan kedai mainan itu musnah," katanya. Pada 17 September lalu, enam rakyat Malaysia termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut di Sungai Golok dalam letupan bom disifatkan terbesar pada tahun ini.

Dua beradik Suhaidi dan Roslan, yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia diburu pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terbabit dalam pengeboman di situ.

Mereka disyaki anggota kumpulan pengedar dadah terbesar di selatan Thailand, juga dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di kawasan sama.

Difahamkan, dalam beberapa serangan bom terbaru, dua bom meletup di Takbai iaitu di sebuah kedai runcit dan berdekatan pagar sekolah di pusat bandar manakala di Rueso, empat letupan berlaku di kedai serbaneka 7-Eleven, kawasan jualan penjaja dan kedai runcit.

Di Yi-ngo, bom tangan dilemparkan ke arah rumah di diami seorang guru sekolah Ban Ku Wae, Kanuengnit Chusing manakala di Sungai Padi, letupan berlaku berhampiran stesen kereta api.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan