Sabtu, 29 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Etnik Asia paling banyak dibuli di AS

Posted:

Etnik Asia paling banyak dibuli di AS

Etnik Asia paling banyak dibuli di AS


Pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia yang belajar di sebuah sekolah awam di Philadelphia mengadakan bantahan secara aman Mac lalu ekoran sering dibuli sejak dua tahun lalu. - AGENSI


WASHINGTON 29 Okt. - Remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Asia paling banyak dibuli di sekolah-sekolah di AS berbanding kumpulan etnik lain.

Kajian kerajaan menunjukkan komuniti tersebut tiga kali ganda sering berdepan cemuhan dalam Internet.

Setiausaha Pendidikan AS, Arne Duncan berkata, antara faktor gangguan itu ialah masalah bahasa yang dihadapi sesetengah pelajar Amerika-Asia dan sentimen perkauman yang semakin meningkat sejak insiden 11 September 2011 terhadap kanak-kanak Islam.

"Perkara ini memang tidak dapat diterima dan perlu diubah. Kanak-kanak sepatutnya pergi ke sekolah tanpa perasaan takut," katanya.

Kajian itu dikeluarkan Sabtu lalu, mendapati 54 peratus remaja Amerika-Asia dibuli di kelas dan 31.3 peratus golongan kulit putih turut dilaporkan mengalami masalah sama.

Menurut seorang pegawai yang terlibat dalam kajian tersebut, data juga menunjukkan 38.4 peratus golongan Amerika-Afrika dan 34.3 peratus bagi Hispanik turut dibuli.

Bagi kes buli di Internet, kira-kira 62 peratus etnik Amerika-Asia dilaporkan diganggu sekali atau dua kali sebulan, berbanding dengan 18.1 peratus golongan kulit putih.

Kajian tersebut dilakukan berdasarkan satu tinjauan pada 2009 yang disokong oleh Jabatan Pendidikan dan Keadilan AS.

Dalam kajian itu, kira-kira 6,500 pelajar berumur antara 12 hingga 18 tahun diwawancara dan golongan Amerika-Asia secara umumnya ditakrifkan sebagai keturunan Asia Timur, benua kecil India atau Pasifik Selatan.

Pegawai-pegawai kajian merancang mengumumkan data itu pada satu majlis mengenai isu buli di New York sebagai sebahagian daripada Inisiatif White House Presiden Barack Obama terhadap golongan Amerika-Asia dan Kepulauan Pasifik. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Dadah dari Malaysia bertambah

Posted:

Dadah dari Malaysia bertambah

Dadah dari Malaysia bertambah

MEDAN 29 Okt. - Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia, Agung Kuswandono berkata, penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia semakin meningkat ekoran peningkatan jumlah tangkapan suspek ejen sindiket dadah.

Jakarta Post melaporkan bahawa Agung berkata, penangkapan penyeludup dadah dari Malaysia meningkat mendadak baru-baru ini.

''Beberapa tahun lalu, penangkapan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya di Jawa Timur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

''Bagaimanapun sekarang, penyeludup dadah ditangkap di beberapa lapangan terbang lain di Indonesia termasuk Medan, Aceh, Tarakan dan Lombok,'' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, penyeludup menggunakan pelbagai kaedah untuk menyeludup dadah dari Malaysia.

''Hari ini (kelmarin) seorang suspek cuba menyeludup dengan memasukkan dadah dalam duburnya. Ini dianggap satu kes baru,'' katanya merujuk kepada satu kes yang ditangkap di Lapangan Terbang Polonia, Medan kelmarin.

Agung berkata, antara kaedah lain digunakan termasuk menelan, menyembunyikan dadah dalam beg dan kasut, selain al-Quran.

Ketua Divisyen Penguatkuasaan dan Pencegahan Pejabat Kastam dan Eksais Medan, Bobby Patigor berkata, sebanyak tujuh kes penangkapan penyeludup dari Malaysia dibuat di lapangan terbang di sini sehingga Oktober tahun ini berbanding enam kes pada tahun lepas. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan