Isnin, 10 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taliban Pakistan mahu damai

Posted: 10 Oct 2011 12:47 PM PDT

Dunia

caption image

caption image

Perdana Menteri sedia berunding dengan militan akhiri siri keganasan

ISLAMABAD: Pergerakan Taliban Pakistan, ancaman terbesar negara itu, menyatakan kesediaan mengadakan rundingan damai dengan kerajaan, lapor akhbar di sini, semalam.

Kumpulan itu memberi reaksi kepada laporan selepas pertemuan semua parti yang dihadiri pegawai atasan tentera dan perisikan bulan lalu bahawa pegawai kerajaan mahu berdamai dengan militan untuk menamatkan keganasan.

Majlis syura akan menentukan sama ada dan bila kami boleh mengadakan rundingan kerajaan dengan tentera. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan

Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani, dipetik akhbar sebagai berkata bahawa kerajaan juga sedia mengadakan rundingan damai.

"Majlis syura akan menentukan sama ada dan bila kami boleh mengadakan rundingan kerajaan dengan tentera mengenainya. Namun saya berasa kami mahu membabitkan negara yang kami percaya, ia berada di dunia Arab. Arab Saudi," lapor akhbar Express Tribune yang memetik Timbalan Ketua Taliban Pakistan, Maulvi Wali-ur-Rehman Mehsud, sebagai berkata.

Tehrik-e-Taliban Pakistan atau Pergerakan Taliban Pakistan (TTP), yang juga mempunyai hubungan rapat dengan al-Qaeda, ditubuhkan pada Disember 2007 sebagai sekutu kumpulan militan Pakistan yang melancarkan serangan di negara itu.

Ia dipersalahkan ke atas banyak serangan bom bunuh diri di seluruh Pakistan. Beberapa tindakan ketenteraan ke atas kubu kuat kumpulan itu di sempadan Afghanistan gagal melemahkan kempennya.
Beribu-ribu askar Pakistan, polis dan penduduk awam maut dalam konflik itu.

"Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang tawaran damai secara langsung. Majlis syura kami akan duduk berbincang jika ada yang cuba menemui kami. Itu cara kami beroperasi. Tiada satu badan pusat yang membuat keputusan penting," lapor akhbar berkenaan memetik Mehsud berkata dalam laman webnya.

Sebarang perubahan ke arah perpaduan dengan TTP pasti membangkitkan kemarahan Washington. Tahun lalu, Amerika Syarikat memasukkan TTP ke dalam senarai pertubuhan pengganas asing dan menawarkan ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan dua pemimpinnya.

Hubungan Islamabad dan Washington tegang berikutan tindakan Amerika melancarkan serangan sehingga mengorbankan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu, manakala Washington menuduh Islamabad menyokong militan yang menyerang tenteranya di Afghanistan.

TTP turut bercita-cita melancarkan serangan ke atas sasaran Barat di luar negara. Kumpulan berkenaan mendakwa bertanggungjawab atas serangan bom di Times Square di New York yang gagal tahun lalu dan dilihat sebagai ancaman secara langsung kepada Amerika.

Pendakwa Amerika menuduh pemimpin TTP, Hakimullah Mehsud, atas rancangan membunuh tujuh kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) di pangkalan Amerika di Afghanistan pada 2009. – Reuters


Full content generated by Get Full RSS.

Mesir haramkan slogan undi berunsur agama

Posted: 10 Oct 2011 12:46 PM PDT

Dunia

PADERI Kristian Koptik dan beberapa penduduk memeriksa mayat penunjuk perasaan yang terbunuh selepas bertempur dengan askar dan polis pencegah rusuhan di Kaherah, semalam.

PADERI Kristian Koptik dan beberapa penduduk memeriksa mayat penunjuk perasaan yang terbunuh selepas bertempur dengan askar dan polis pencegah rusuhan di Kaherah, semalam.

KAHERAH: Majlis Tentera yang memerintah Mesir meminda peraturan pilihan raya dengan melarang penggunaan slogan berunsur agama yang dipercayai bertujuan memaksa pertubuhan Ikhwanul Muslimim mengkaji semula penggunaan frasa tradisinya ketika berkempen, iaitu 'Islam adalah penyelesaian.'

Keputusan itu menyusuli pertempuran antara penduduk Kristian dengan anggota keselamatan menyebabkan 24 maut dan lebih 200 lagi cedera, kekacauan terburuk selepas bekas pemimpin, Hosni Mubarak digulingkan, Februari lalu.

Penduduk Kristian meliputi 10 peratus daripada 80 juta warga negara Mesir, menyalahkan Majlis Tentera kerana terlalu berlembut, walaupun serangan anti-Kristian berlaku beberapa kali sejak Mubarak digulingkan. Ketika pemerintahan Mubarak, Ikhwanul Muslimin diharamkan, tetapi kini mahu meletakkan calon sebagai 'bebas', yang boleh dikenal pasti menerusi poster dengan slogan berkenaan.

Ramai ahli politik liberal dan rakyat Mesir bimbang dengan peningkatan pengaruh pertubuhan berkenaan sejak kebangkitan rakyat sehingga menyingkirkan Mubarak yang memaksa ia meredakan kebimbangan itu dengan berkata, ia mahukan demokrasi tulen dan tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

"Kempen pilihan raya berdasarkan penggunaan slogan berunsur agama atau perkauman atau jantina diharamkan," menurut perintah kuasa majlis tentera yang dikeluarkan Sabtu lalu, menambah sesiapa yang melanggar peraturan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda.

Jawatankuasa pilihan raya terdahulu berkata, parti Kebebasan dan Keadilan pertubuhan itu tidak boleh menggunakan slogan sedia ada, memaksa sebahagian ahlinya mendesak ia dibenarkan.
Bagaimanapun, pegawai Ikhwanul Muslimin menerima perintah itu. – Agensi


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan