Jumaat, 9 September 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Wanita paling gemuk di dunia

Posted: 08 Sep 2011 08:17 AM PDT

SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.

Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks' dan dia mengadakan seks setiap hari.

Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.


Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.


Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.

"Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.

"Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram," katanya.

"Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang."

"Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim."

Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM

Facebook untung RM4.78 bilion enam bulan pertama 2011

Posted: 08 Sep 2011 08:14 AM PDT

SAN FRANCISCO: Keuntungan Facebook naik sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.78 bilion) pada separuh tahun pertama 2011 walaupun berdepan dengan kesukaran mendapatkan iklan dan terpaksa bersaing dengan Google Inc.

Keuntungan bersih yang dicatat pada pertengahan tahun 2011 pula hampir mencapai AS$500 juta (RM1.496 bilion) kata pegawai yang mahu namanya dirahsiakan kerana Facebook tidak pernah mendedahkan kedudukan kewangan mereka.

Kewangan Facebook menjadi kukuh apabila pelabur menaikkan nilai hingga US$80billion dalam pasaran persendirian. Pemerhati industri menjangka laman sosial nombor satu dunia itu akan masuk ke papan bursa saham pada 2012. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan