Khamis, 7 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ribut pasir besar landa Phoenix

Posted:

Ribut pasir besar landa Phoenix

Ribut pasir besar landa Phoenix


IMEJ menunjukkan ribu pasir melanda bandar Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat kelmarin.
KIRI: Ribut pasir menghampiri bandar Phoenix, Arizona di Amerika Syarikat pada malam kelmarin.


PHOENIX - Satu ribut pasir gergasi melanda bandar Pheonix, di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyebabkan jarak penglihatan terhad dan penerbangan terpaksa ditangguhkan pada malam Selasa lalu.

Ribut yang disertai dengan angin kuat itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang manakala ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.

Awan pasir yang bergerak melintasi lembah Pheonix itu telah menyebabkan ribut berlaku di kawasan Tucson.

Menurut seorang pakar di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Paul Iniguez, ribut itu kemudian bergerak ke bahagian utara gurun sebelum merempuh kawasan bandar seperti satu ombak besar.

Data radar menunjukkan ribut tersebut membentuk dinding debu setinggi 2,438 meter hingga 3,048 meter.

"Kami dengar daripada ramai penduduk bahawa ini adalah ribut paling hebat pernah mereka lihat," kata Iniguez.

Ketika ia menghampiri kawasan banjir, ribut itu sudah mengecil menjadi setinggi 1,524 meter.

Stesen televisyen tempatan, KSAZ-TV melaporkan ribut itu agak serius di beberapa lokasi.

Ribut berkenaan adalah sebahagian daripada musim monsun di Arizona yang biasanya bermula pada pertengahan Jun dan berlanjutan hingga September. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menang ratu cantik selepas kuruskan badan

Posted:

Menang ratu cantik selepas kuruskan badan

Menang ratu cantik selepas kuruskan badan


BREE BOYCE menang Ratu Cantik Carolina Selatan di Columbia, Amerika Syarikat pada 2 Julai lalu.


COLUMBIA, Amerika Syarikat - Walaupun sebelum ini memiliki berat badan 104 kilogram (kg), Bree Boyce yang berusia 22 tahun mampu membuktikan bahawa boleh memenangi Ratu Cantik Carolina Selatan selepas dia menurunkan berat badannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 49kg, Bree telah memenangi pertandingan ratu cantik peringkat negeri itu pada 2 Julai di sini.

Dia yang merupakan seorang penyanyi dari Carolina Selatan membuat kejutan dengan kemenangan itu dan bakal bertanding dalam Ratu Cantik Amerika yang akan berlangsung di Las Vegas, Januari depan.

Beberapa foto menunjukkan dia mengalami transformasi mendadak daripada gadis berbadan gemuk sehingga menjadi seorang wanita yang berkeyakinan dan menawan kerana bentuk badan Bree kini kurus.

"Matlamat saya ialah menginspirasikan semua peringkat umur untuk menjadi sihat menerusi amalan pemakanan yang sihat, senaman dan percaya pada diri sendiri.

"Anda mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan anda,

"Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman ini bersama rakan-rakan. Saya cukup bertuah kerana dapat berjumpa orang ramai menerusi lawatan di sekolah dan acara kebajikan," katanya menerusi laman sosial Facebook.

Bree memberitahu, dia tidak percaya dengan diet kerana sering gagal dengan mencuba kaedah itu sebaliknya melihat badannya seperti sebuah kereta yang memerlukan bahan api untuk bergerak dengan lebih cekap.

"Kalau saya mahu makan kek coklat saya akan makan tetapi bukan setiap hari dan setiap jam. Kamu perlu mengambilnya secara sederhana," jelasnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Angelina Jolie peroleh pendapatan paling tinggi

Posted:

Angelina Jolie peroleh pendapatan paling tinggi

Angelina Jolie peroleh pendapatan paling tinggi

NEW YORK - Pelakon terkenal, Angelina Jolie dan Sarah Jessica Parker merupakan aktres yang menerima bayaran gaji tertinggi di Hollywood, lapor majalah Forbes semalam.

Kedua-duanya berkongsi tempat pertama dengan memperoleh pendapatan sejumlah AS$30 juta (RM90 juta) bagi tempoh Mei 2010 hingga Mei 2011.

Berada di tempat ketiga pula ialah pelakon Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon yang masing-masing mememperoleh pendapatan AS$27 juta (RM81 juta).

Nama aktres filem Pretty Woman, Julia Roberts masih tersenarai membuktikan bahawa dia seorang bintang berpendapatan yang mempunyai pendapatan AS$20 juta (RM60 juta) walaupun hanya melakonkan satu filem untuk tahun ini.

Dia berkongsi kedudukan dengan bintang filem Twilight, Kristen Stewart.

Satu-satunya filem yang dibintangi oleh Julia pada tahun lalu ialah Eat, Pray, Love yang menguasai carta box-office dengan kutipan AS$205 juta (RM617 juta).

Berada di tangga ketujuh ialah pelakon filem One for the Money, Katherine Heigl dengan mendapat pendapatan AS$19 juta (RM57juta).

Aktres Cameron Diaz berada di tangga kelapan dengan pendapatan AS$18 juta (RM54 juta).

Pemenang anugerah Oscar, Sandra Bullock berada di tangga kesembilan kerana memperoleh pendapatan AS$19 juta (RM57 juta).

Pelakon Meryl Streep menduduki tempat kesepuluh dengan mendapat pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM30.1 juta). - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan