Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Belanda haram sembelih ikut cara Islam

Posted:

Belanda haram sembelih ikut cara Islam

Belanda haram sembelih ikut cara Islam

THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan.

Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih, untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

"Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu," kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai serangan ke atas kebebasan beragama.

"Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu membuktikan apa yang sudah lama kami yakini," kata Ronnie Eisenmann daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AS berundur September 2012

Posted:

AS berundur September 2012

AS berundur September 2012


TENTERA Kebangsaan Afghanisntan (ANA) menjalani latihan di pusat tentera Kabul (KMTC) di Kabul, Afghanistan, kelmarin. - REUTERS


WASHINGTON 23 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama malam tadi mengarahkan kesemua 33,000 askar tambahan yang dikerah ke Afghanistan pada Disember 2009 dibawa pulang selewat-lewatnya pada September tahun depan.

Beliau turut mengisytiharkan pengunduran itu sebagai langkah permulaan untuk menamatkan perang di Afghanistan, sambil berikrar untuk mengalihkan perhatian kepada program pembangunan negara di AS.

Dalam detik peralihan bagi dasar luar Amerika, Obama juga mengecilkan matlamat perang AS, dengan berkata, Washington tidak lagi akan cuba membangunkan sebuah Afghanistan 'yang sempurna' setelah negara itu dilanda perang selama beberapa dekad.

"Cahaya keamanan berkekalan boleh dilihat dari jauh, sekalipun hari-hari mendatang di Afghanistan terus membawa cabaran getir, dan perang yang sudah berlarutan itu akan ditamatkan secara bertanggungjawab," kata Obama dalam ucapan selama 13 minit.

Obama dilihat mahu meredakan kebimbangan rakyat AS yang dihimpit oleh kemelesetan ekonomi dan kini semakin bosan dengan kempen perang di negara asing yang menelan kos tinggi.

Presiden itu mendakwa tentera AS telah mencapai kemajuan besar ke arah mencapai objektif strategi penghantaran askar tambahan pada Disember 2009, dengan menyekat momentum Taliban, menghancurkan al-Qaeda dan melatih pasukan keselamatan baru Afghanistan.

Namun, beliau menolak rayuan Pentagon yang mahu pengunduran askar dilakukan dengan lebih perlahan bagi memastikan kejayaan memerangi Taliban berkekalan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan