Khamis, 23 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Nancy Ajram promosi Mesir

Posted: 23 Jun 2011 03:04 PM PDT

Dunia

Nancy Ajram

Nancy Ajram

Diva Lubnan sedia sertai konsert mega pulih pelancongan jiran

BEIRUT: Penyanyi terkenal Lubnan, Nancy Ajram diberi penghormatan membantu memulihkan sektor pelancongan di Mesir yang bermasalah sejak dilanda kekacauan politik hingga menumbangkan Presiden Hosni Mubarak.

Bagi menyemarakkan semula minat pelancong asing, Mesir mengundang penyanyi terkenal Lubnan itu untuk menyanyi dalam konsert mega yang digelar Wahashteeni ya Masr (Aku Merinduimu Mesir) di bandar raya Rehab, 14 Julai depan.

Akhbar al Bayan yang berpejabat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, Nancy mengambil bahagian dalam konsert itu untuk membantu memulihkan sektor pelancongan Mesir dan meningkatkan semula minat pelancong dari rantau Arab dan Eropah ke negara itu. Ia juga bertujuan meyakinkan pelancong asing bahawa Mesir adalah negara yang selamat dan stabil untuk dikunjungi.

Pengarah Agensi Pengiklanan Al Qadisyah, berkata syarikatnya memilih Nancy berikutan populariti penyanyi di Mesir dan dunia Arab.

"Nancy juga adalah antara penyanyi yang diketahui amat sukakan Mesir dan menyanyi lebih daripada satu lagu yang menyatakan kecintaannya kepada negara itu. Nancy juga tidak teragak-agak mempersetujui tawaran yang diberikan kepadanya untuk menyanyi di konsert itu," katanya yang dipetik akhbar itu. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja mahu jual dara beli iPhone 4

Posted: 23 Jun 2011 03:03 PM PDT

Dunia

BEIJING: Remaja di China begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk produk Apple yang mahal hingga sanggup menggadai maruah diri.

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja 'jiulinghou' (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.

Beliau kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu. Remaja Guangdong itu turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup menjual daranya kepada sesiapa yang membelikannya iPhone 4. – Agensi
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan