Rabu, 15 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Sorok mayat ibu demi wang

Posted: 14 Jun 2011 09:50 AM PDT

LONDON: Aktres televisyen yang menyimpan mayat ibunya selama enam bulan dalam bilik di kediaman mereka dan mengambil wang pencen milik wanita tua itu diberi amaran oleh mahkamah semalam yang mereka mungkin menghadapi hukuman penjara.

Jiran tetangga melaporkan tidak melihat Olive Maddock yang berusia 95 tahun sejak beberapa bulan lalu.


Mereka kemudian menghubungi polis dan polis merempuh masuk ke bilik Olive di mana mereka menemui mayatnya.

Janda kepada seorang profesor jurutera marin, Olive pernah bekerja sebagai penari tetapi kemudian dia menyendiri dan tinggal di kediaman yang kotor dan usang. Semalam, aktres Hazel Maddock, 61, yang pernah berlakon di samping bekas bintang EastEnders, Nigel Harman dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, mengakui mereka menghalang Olive daripada mendapat pengebumian secara rasmi.


Hazel juga mengakui melakukan penipuan selepas dia menuntut wang pencen ibunya dan kredit pencen ekoran kematian wanita tua itu.


Polis yang menyerbu kediaman kembar dua tingkat yang usang itu yang dihuni tiga wanita terbabit di Wallasey, Wirral, Merseyside, Ogos lalu amat terkejut dengan keadaan menjijikkan di rumah berkenaan. Mereka terpaksa memecahkan pintu bilik Olive sebelum menemui jasadnya terbaring di lantai. Pakar gagal mengesahkan punca kematiannya kerana keadaan mayatnya, tetapi ujian bedah siasat menunjukkan Olive mati antara dua hingga enam bulan lalu. Hazel dan Jasmine sepatutnya dibicarakan atas tuduhan kerana merahsiakan kematian Olive. Bagaimanapun, semalam dia mengaku bersalah kerana menghalang pengebumian secara sah wanita itu. Hazel juga mengaku menipu yang ibunya masih hidup bagi melayakkannya menerima faedah antara 6 Julai hingga 6 Ogos tahun lalu. Penipuan itu membolehkannya menerima bayaran pencen ibunya bernilai 176.92 pound (RM884.60) dan bayaran kredit pencen 34.44 pound (RM172.20).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengguna Britain, AS tinggal Facebook

Posted: 14 Jun 2011 09:47 AM PDT

LONDON: Pengguna Facebook dikatakan mula meninggalkan laman rangkaian sosial popular itu, lapor satu laporan, semalam.

Pengguna di Britain dan Amerika semakin kurang menggunakan laman itu manakala khidmat laman sesawang lain seperti Twitter dan LinkedIn makin popular. Bulan lalu, 100,000 rakyat Britain meluputkan akaun Facebook mereka. Namun, laman itu masih berkembang secara global dan mempunyai kira-kira 600 juta pengguna.


Pakar mendakwa ia akan bernilai RM300 bilion dalam tempoh beberapa bulan dan dijangka memasuki pasaran saham AS awal tahun depan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen