Ahad, 22 Mei 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung

Posted:

'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung

'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung


Randy 'Macho Man' Savage


ATLANTA - Bintang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia di Seminole, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.

Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.


AKSI 'Macho Man' melawan Hulk Hogan dalam pertarungan Wrestlemania V pada tahun 1989 di Atlantic City.


Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.

Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar

Posted:

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar


ORANG ramai dan pihak polis berkumpul di luar kilang Foxconn yang terbakar di Chengdu, China.


SAN FRANCISCO - Syarikat pengeluar alat elektronik, Apple Inc. kini menyiasat punca letupan yang mengakibatkan dua orang pekerja terbunuh dan mencederakan 16 yang lain.

Insiden sama turut menyebabkan kilang Foxconn International Holdings Ltd. yang mengeluarkan iPad 2 di Chengdu, China memberhentikan produksinya.

Foxconn merupakan sebahagian daripada syarikat dari Taiwan, Hon Hai Precision Industries dan rakan pengilang utama Apple menyatakan letupan berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan.

"Pengeluaran telah dihentikan sehinggalah siasatan disempurnakan. Keselamatan pekerja adalah keutamaan kami. Kami akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui apakah punca kejadian tragik ini," kata Foxconn dalam satu kenyataan. Syarikat itu juga masih menilai jumlah kerugian yang dialaminya.

Kejadian itu menjadi tamparan terbaru kepada Foxconn. Sebelum ini, Foxconn menjadi perhatian selepas laporan mengenai kondisi tempat kerja yang teruk di kilang-kilangnya di China disiarkan. Pengkritik juga menyatakan keadaan itu juga menyumbang kepada beberapa kes pekerjanya membunuh diri.

"Kami bekerjasama rapat dengan Foxconn untuk mengetahui punca letupan ini," kata jurucakap Apple, Steve Dowling. Letupan itu pasti akan menjejaskan bekalan iPad dan para pelabur memantau perkembangan dengan teliti.

iPad dan iPad 2 keluaran Apple menguasai 80 peratus pasaran komputer tablet yang turut disaingi oleh produk keluaran Motorola Inc. dan Samsung Electronics Co. Ltd. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu

Posted:

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu


SELENA bersama seekor kuda yang diwarnakan dengan warna merah jambu di lokasi penggambaran klip videonya di pantai Malibu.


CALIFORNIA - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Pink menyelar artis remaja, Selena Gomez dalam laman sosial Twitter atas tindakan mewarnakan seekor kuda dengan warna merah jambu untuk digunakan dalam klip video terbarunya.

Selena yang berusia 18 tahun itu dikatakan merakam lagu bertajuk I Love You Like A Love Song di pantai Malibu kelmarin.

Pink memang sudah lama dikenali sebagai seorang penyokong Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA). Mempunyai lebih empat juta pengikut di laman Twitter, Pink menulis: "Ada kuda yang dicat dengan warna merah jambu untuk satu klip video bodoh. Memalukan. Artis sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka."

Selepas mendapat mesej daripada peminat bintang Disney itu, Pink membalas: "Sama ada anda peminat saya atau tidak, saya tidak akan berhenti bercakap tentang kekejaman ke atas binatang." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan