Ahad, 22 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Isteri cagar rumah bebas Strauss-Kahn

Posted: 22 May 2011 02:57 PM PDT

Dunia

Duduk pangsapuri mewah selepas keluar penjara

NEW YORK: Isteri Dominique Strauss-Kahn, menjadikan rumah agam mereka sebagai cagaran untuk membantu mengumpul AS$6 juta (RM18.06 juta) bagi membayar wang jaminan dan membebaskan suaminya dari penjara.

Bekas pengarah urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) itu kelmarin menginap di sebuah pangsapuri yang disewa dengan harga £2,700 (RM13,204.75) sebulan selepas dibebaskan dari penjara di Rikers Island, di mana dia ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual.

Isterinya, pewaris dan pengacara televisyen Perancis, Anne Sinclair, difahamkan membayar sewa untuk 'kurungan emas' di tingkat empat blok pangsapuri ekslusif berhampiran tapak bekas Pusat Dagangan Dunia (WTC). Jaminan ahli politik Perancis itu ditetapkan pada AS$1 juta (RM3.01 juta) dalam bentuk tunai dan AS$5 juta (RM15.05 juta) dalam bentuk bon insurans, yang dikumpul Sinclair menggunakan rumah agamnya di Washington DC.

Jika suaminya melarikan diri, beliau terpaksa menyerahkan wang dan rumah di daerah ekslusif Georgetown yang dibelinya pada 2007 dengan harga AS$4 juta (RM12.04 juta).

Strauss-Kahn didakwa menyerang secara seksual seorang pekerja di sebuah hotel di Times Square Sabtu lalu.

Sinclair turut membayar £150,000 (RM733,597.18) untuk pengawal bersenjata, yang diletakkan di luar kaki lima marmar pangsapuri itu bagi memastikan ahli politik berusia 62 tahun itu tidak cuba melarikan diri ke Perancis.
Penolong Peguam Daerah Artie McConnell, pendakwa raya yang membawa kes itu, membantah dengan keras penahanan dalam rumah, mengatakan kawasan hampir dengan Ground Zero menjadi 'sukar untuk polis mengawalnya.'

Penduduk bangunan itu berang apabila mereka dimaklumkan Strauss-Kahn berpindah ke pangsapuri dua bilik mewah itu.

Bagaimanapun, mereka diyakinkan beliau tidak dibenarkan menggunakan gimnasium atau bilik biliard bangunan itu. Dia hanya dibenarkan meninggalkan bangunan untuk menghadiri upacara keagamaan atau mendapatkan rawatan perubatan.

Pilihan awalnya untuk sebuah pangsapuri terletak di Bristol Plaza di tengah bandar Manhattan, yang mengiklankan pangsapuri yang 'lebih baik berbanding hotel' selain mempunyai perkhidmatan pembantu rumah harian. Namun dia kemudian membatalkan hasratnya.

Permohonannya 'adalah untuk menghormati' penyewa lain, kata seorang daripada peguamnya.

"Penghuni bangunan itu tidak akan menerima dirinya yang tinggal di sana," peguam menjelaskan.

Beliau juga ditolak apabila meminta untuk berpindah ke sebuah blok perumahan graduan, di mana anak perempuannya, Camille, seorang pelajar Universiti New York memiliki kediaman.

Akhbar The Mail on Sunday melaporkan, mangsa, 32, seorang pendatang Afrika Barat yang tidak dinamakan atas alasan perundangan, bersembunyi selepas penyiasat untuk pasukan perundangan Strauss-Kahn didakwa meluluskan satu kempen 'memalukan.'

Siasatan itu cuba membuktikan bahawa perunding kewangan itu terperangkap dalam seks 'sukarela' bersama wanita dalam satu konspirasi direka untuk menyekat kempennya sekali gus mengalahkan presiden Perancis Nicolas Sarkozy. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proses cerai Arnold cecah RM1.2 bilion

Posted: 22 May 2011 02:56 PM PDT

Dunia

Maria Shriver dijangka terima RM602j harta

LOS ANGELES: Pelakon dan bekas gabenor California Arnold Schwarzenegger, 63, tidak hanya berdepan cemuhan umum berikutan skandal kecurangannya, malah proses perceraian dengan isterinya Maria Shriver, dijangka menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Maria berpisah dengan suaminya selepas mendapat tahu beliau mempunyai anak luar nikah berusia 14 tahun, hasil hubungan dengan pembantu rumah mereka, Mildred 'Patty' Baena, 50, dan merahsiakan perkara itu selama 10 tahun.

Selepas melantik peguam terkenal Laura Wasser, Maria dijangka memperoleh sejumlah besar harta sepencarian bersama yang bernilai antara AS$200 juta dan AS$400 juta (RM602 juta dan RM1.2 bilion), walaupun pasangan terbabit dilaporkan mempunyai perjanjian pra-perkahwinan, lapor akhbar The Times. Jumlah ini empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyelesaian diperoleh Elin Nordegren, bekas isteri pemain golf Tiger Woods, yang mendapat AS$100 juta (RM301 juta).

Laura Wasser adalah antara peguam perceraian terkenal Hollywood dan pelanggannya sebelum ini termasuk Britney Spears dan Angelina Jolie. Beliau ketika ini mewakili isteri Mel Gibson, Robyn Moore.

Bapanya, Dennis Wasser, juga seorang peguam perceraian terkenal, pernah mewakili Tom Cruise dan Steven Spielberg, sebagai pelanggan berprofil tingginya.

Walaupun perincian kekayaan Arnold dan Maria tidak diketahui umum, mengikut undang-undang Califor-nia, mereka perlu membahagikan kekayaan secara sama rata jika tidak mempunyai perjanjian pra-perkahwinan yang sah.
Kelmarin, Arnold dilaporkan membuat bayaran muka AS$65,000 (RM195,650) untuk kediaman bekas pembantu rumahnya kurang setahun lalu.

Pergolakan kehidupan peribadinya menyebabkan bintang Terminator terbabit terpaksa menangguhkan kemunculan filem barunya, Cry Macho.

Beliau dilaporkan mem-peroleh AS$12.5 juta (RM37.63 juta) untuk filem itu yang dijadual memulakan penggambaran Ogos ini.

Siri animasi dibintangi Arnold sebagai superhero juga secara rasmi ditangguhkan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan