Sabtu, 16 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Letupan di masjid Cirebon

Posted:

Letupan di masjid Cirebon

Letupan di masjid Cirebon


Jurucakap polis Indonesia, Anton Bahrul Alam memegang gambar suspek pengebom berani mati di masjid di Cirebon, Jawa Barat yang dikenali sebagai Muhammad Syarif semasa satu sidang media di hospital polis di Jakarta, semalam. - Reuters


JAKARTA 16 April - Penduduk di Jawa Barat mengenal pasti gambar penyerang berani mati di sebuah masjid di Cirebon semalam sebagai Muhammad Syarif, 24, seorang penduduk Cirebon yang bekerja sebagai penjual kad prabayar.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bahrul Alam berkata, identiti suspek itu disahkan beberapa penduduk yang menghubungi polis tidak lama selepas gambarnya didedahkan polis Indonesia.

''Polis akan membawa ibu bapa dan abang Muhammad Syarif ke Jakarta bagi mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk diuji,'' katanya.

Anton pada satu sidang akhbar yang diadakan di hospital polis di Jakarta hari ini turut mendedahkan bahawa suspek memakai lima lapisan seluar untuk menyembunyikan bom yang dipasang di badannya.

Beliau memberitahu, polis hari ini turut meningkatkan tahap keselamatan di ibu pejabat polis di seluruh negara termasuk mengawal pergerakan keluar masuk.

Seorang lelaki dipercayai berusia 20-an meletupkan dirinya di sebuah masjid di Cirebon, Jawa Barat semalam ketika kebanyakan polis sedang menunaikan solat Jumaat.

Sekurang-kurangnya 28 orang cedera dalam letupan tersebut termasuk ketua polis Cirebon dan penyerang terbunuh di tempat kejadian.

Serangan di Cirebon itu merupakan serangan berani mati pertama dalam masjid di Indonesia.

Bulan lepas, bom yang disembunyikan di dalam buku dihantar ke beberapa lokasi termasuk kepada seorang tokoh Islam dan seorang pegawai antikeganasan, tetapi tiada siapa cedera dalam kejadian berkenaan. - AFP/AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

HRW dakwa Libya guna bom berangkai

Posted:

HRW dakwa Libya guna bom berangkai

HRW dakwa Libya guna bom berangkai

TRIPOLI 16 April - Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW) menuduh tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan bom berangkai di bandar Misrata yang dikuasai oleh pemberontak.

Bagaimanapun, kerajaan Libya menafikan tindakan berkenaan.

HRW dalam satu kenyataan berkata, tentera kerajaan melancarkan bom berangkai yang diharamkan di lebih 100 negara ke kawasan perumahan di Misrata, mengakibatkan risiko tinggi kecederaan dan kematian kepada orang awam.

Kumpulan itu berkata, ia mendapati sekurang-kurangnya tiga letupan bom berangkai dilancarkan di kawasan perumahan el-Shawahda pada waktu malam, kelmarin.

"Para penyelidik menemui saki-baki satu bom berangkai dan saksi-saksi turut mengesahkan penggunaan bom tersebut,'' kata kumpulan itu dalam laman webnya.

HRW memberitahu, bom berangkai itu adalah jenis bom mortar MAT-120 120 mm keluaran Sepanyol yang meletup di udara dan boleh membebaskan 21 bom kecil di kawasan yang luas.

Badan itu berkata, pihaknya tidak dapat memastikan jika terdapat orang awam di Misrata cedera atau terbunuh akibat penggunaan senjata itu.

Jurucakap kerajaan Libya, Ibrahim menafikan dakwaan tersebut.

"Selepas menggunakan bom ini, bukti penggunaannya tidak akan hilang dalam tempoh yang singkat. Kami tahu masyarakat antarabangsa sedang melihat negara ini. Jadi kami tidak akan berbuat demikian,'' katanya.

HRW berkata, lebih 100 negara telah mengharamkan penggunaan bom berangkai namun Libya bukan sebuah daripada negara itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen