Khamis, 20 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Pemberontak gempur kem tentera, empat maut

Posted:

Pemberontak gempur kem tentera, empat maut

Pemberontak gempur kem tentera, empat maut


Seorang tentera Thai berkawal di pintu masuk ke sebuah kem tentera di Narathiwat selepas kem itu digempur kumpulan pemberontak, semalam. – AFP


NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi.

Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini.

"Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau.

Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur.

Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun.

Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu.

Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan.

"Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka," katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

33 ahli keluarga bekas presiden ditahan

Posted:

33 ahli keluarga bekas presiden ditahan

33 ahli keluarga bekas presiden ditahan

TUNIS 20 Jan. - Pihak berkuasa Tunisia telah menahan 33 orang ahli keluarga bekas presiden Zine el-Abidine Ben Ali yang digulingkan, atas dakwaan terlibat dengan penyelewengan sejumlah besar harta kerajaan, lapor sebuah stesen televisyen tempatan, hari ini.

Tiada maklumat terperinci diberikan tentang identiti mereka yang ditahan atau hubungan mereka dengan pemimpin autokratik itu yang memerintah Tunisia selama 23 tahun, yang digulingkan minggu lalu oleh pemberontakan rakyat.

Laporan stesen televisyen itu menunjukkan imej barangan kemas, jam tangan mewah dan kad kredit antarabangsa, antara barangan yang telah dirampas daripada suspek.

Semalam, pihak berkuasa sudah mula menjalankan siasatan ke atas aset Ben Ali serta ahli keluarganya dan suku Trabelsi yang merupakan suku kaum isterinya, Leila.

Trabelsi dituduh memiliki sumber kekayaan Tunisia secara sistematik sepanjang Ben Ali berkuasa. - dpa

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan