Khamis, 20 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jordan: Reid gila populariti

Posted: 19 Jan 2011 08:36 AM PST

LONDON: Selebriti Katie Price akhirnya membuka mulut mengenai keruntuhan perkahwinannya dengan Alex Reid semalam dan mendedahkan mengapa dia terpaksa meninggalkan suaminya itu.

Dalam kenyataan penuh emosi, Katie atau lebih dikenali sebagai Jordan, 32, berkata, dia sudah melakukan semampu mungkin supaya perceraian itu berlaku secara damai.


Namun, dia mendakwa, Reid, 35, sudah berubah daripada lelaki yang dicintainya menjadi seseorang yang taksub dengan populariti dan tinggal di kediaman milik Jordan di Surrey tanpa izinnya. Dia berkata: "Kita semua melakukan kesalahan." Jordan menerangkan bagaimana hubungannya dengan Reid sudah musnah dan tidak dapat dipulihkan lagi. Ibu tiga anak itu yang berkahwin dengan Reid selama 11 bulan mengaku: "Reid dan saya menghadapi beberapa kesukaran sejak beberapa bulan lalu. "Saya menerima keadaan ini sebahagiannya disebabkan keputusan untuk berkahwin terlalu cepat - kita semua melakukan kesalahan dan ini satu daripada kesalahan yang saya lakukan. Bagaimanapun, Reid berubah daripada lelaki yang saya cintai dan sesetengah kelakuannya menjadi sukar untuk difahami dan menimbulkan masalah." Reid, 35, semalam dilihat mengambil beg bajunya untuk dibawa ke kediaman ibunya di Aldershot, Hants. Namun, Jordan menekankan Reid tidak berpindah keluar dari kediamannya di Woldingham, Surrey di mana Reid tinggal tanpa kebenarannya. Dia menambah: "Memang benar saya meminta Reid meninggalkan kediaman ini tetapi dia tidak mahu." Jordan mendakwa rumah tangganya retak selepas Reid menjadi taksub untuk menjadi tumpuan masyarakat.

Peragawati itu berkata: "Terus-terang, saya tidak boleh bertolak ansur dengan seseorang seperti ini. Pada asalnya saya cuba untuk membantunya dalam kariernya. Bagaimanapun, keghairahan Reid untuk membuatkan dirinya terkenal menyebabkan hubungan kami terjejas serta menyumbang kepada keterasingan dalam hidup kami." - TS

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lelaki cabul guru disebat 25 kali depan umum

Posted: 19 Jan 2011 08:33 AM PST

COLOMBO: Mahkamah di Maldives mengarahkan seorang lelaki dirotan 25 kali di hadapan umum dan dipenjara dua tahun kerana mencabul seorang guru perempuan Jepun, kata jurucakap polis, Ahmed Shiyam, semalam.

Menurut Ahmed, hukuman dijatuhkan mahkamah jenayah di Mali selepas suspek mengaku bersalah dalam kejadian yang dilakukan November lalu.


Insiden jenayah jarang berlaku di Maldives, kepulauan di Lautan Hindi yang dihuni 330,000 umat Islam daripada golongan ahli Sunnah.

Negara yang terkenal untuk destinasi bulan madu itu mempunyai undang-undang shariah tersendiri yang membolehkan hukuman sebat di khalayak ramai dilakukan terhadap pesalah jenayah seksual. "Pesalah itu akan disebat 25 kali pada waktu yang akan ditentukan mahkamah kelak," katanya lagi. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen