Sabtu, 15 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Berlusconi disiasat polis

Posted: 14 Jan 2011 08:45 AM PST

ROM: Akhbar utama di Itali semalam melaporkan Perdana Menteri Silvio Berlusconi disiasat dalam kes pelacuran membabitkan gadis Maghribi berusia 17 tahun.

Akhbar Corriere della Sera melaporkan Perdana Menteri berusia 74 tahun itu didakwa menyalah gunakan kuasa dengan cuba menutup kisah hubungan seksualnya dengan gadis itu yang dikenali sebagai Ruby Rubacuori (Ruby si pencuri hati).

Agensi berita ANSA pula mengeluarkan kenyataan pihak pendakwa raya di Milan semalam memfailkan saman terhadap Berlusconi, manakala Corriere melaporkan pihak polis turut menggeledah pejabat dua pembantunya.


Bagaimanapun, pejabat Perdana Menteri itu tidak memberikan sebarang ulasan ketika dihubungi. Jurucakap pejabat pendakwa raya Milan, Antonio Sangermano pula memberitahu pendakwa raya itu tiada untuk memberikan ulasan.

Sekiranya dakwaan itu benar ia adalah perkembangan terbaru tindakan undang-undang yang dikaitkan dengan Berlusconi.

Kes Ruby tersebar luas beberapa bulan lalu selepas Berlusconi dikatakan campur tangan bagi membebaskan gadis itu daripada tahanan polis ketika ditangkap kerana mencuri.

Ketika itu, Berlusconi mendakwa beliau tidak melakukan kesalahan dan hanya campur tangan untuk membantu seseorang yang dalam kesusahan. Ketika ditemu bual pihak media, Ruby memberitahu dia berada di villa Perdana Menteri itu dan berbohong mengatakan usianya lebih 18 tahun. Namun, dia menafikan mengadakan hubungan seks dengan Berlusconi.

Ruby baru saja mencapai usia 18 tahun.

Menurut laporan Corriere, pihak pendakwaraya menuduh Berlusconi menyalah gunakan kuasa kerana menelefon polis Milan pada malam 27 dan 28 Mei tahun lalu supaya membebaskan Ruby.

Pihak pendakwaraya mengesyaki Berlusconi melakukan demikian kerana ingin menyembunyikan kenyataan bahawa beliau sudah bersama gadis itu.

Jurucakap parti pimpinan Berlusconi, Daniele Capezzone berkata, kes undang-undang terbaru ini akan gagal. "Sekiranya seseorang...masih mempercayai Silvio Berlusconi boleh ditewaskan oleh undang-undang, mereka pasti akan kecewa. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Katie enggan miliki anak dengan Reid

Posted: 14 Jan 2011 08:39 AM PST

LONDON: Perkahwinan selebriti Jordan dengan Alex Reid musnah kerana dia enggan melakukan rawatan IVF hingga meremukkan harapan Reid untuk menimang cahaya mata.

Jordan atau nama sebenarnya, Katie Price, 32, sebelum ini gagal dalam dua prosedur rawatan dan menolak untuk melakukan rawatan ketiga. Keengganannya itu menyebabkan hati Reid hancur hingga pasangan itu perang besar.


Katie sebelum ini bersetuju untuk melakukan dua rawatan IVF bagi memenuhi permintaan suaminya yang terdesak inginkan anak. Bagaimanapun, apabila dua percubaan gagal dia tidak sanggup untuk melakukan bagi kali ketiga. Keputusan itu menyebabkan pasangan yang baru berkahwin selama 11 bulan itu kini tinggal di bilik berasingan di kediaman mereka di Surrey.

Seorang teman berkata: "Terdapat banyak faktor menyebabkan perkahwinan mereka retak." Reid begitu terdesak mahu menjadi seorang bapa dan percaya mereka sedang berusaha untuk itu. Tetapi hanya beberapa orang saja yang memahami betapa sukarnya menjalani rawatan IVF. Katie sudah menghadapi kesusahan itu dua kali dalam usaha untuk mendapatkan anak bagi Reid. Dia tidak sanggup untuk menjalani rawatan itu buat kali ketiga tetapi tidak sampai hati untuk memberitahu Reid pada waktu itu juga.


"Namun, bila Reid dapat tahu dia benar-benar patah hati. Terdapat satu keputusan untuk semua. Buat masa ini pasangan itu tinggal secara berasingan di bilik berbeza di kediaman mereka. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan