Jumaat, 15 Februari 2013

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Anak penggal bapa

Posted:

Sydney: Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.

Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.

"Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi," kata anggota polis.

Foto

POLIS dan ambulans di depan rumah Toufic di Sydney.


Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.


"Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans," kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: "Semua terkejut dan sangat sedih.

"Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Bayi 16 bulan telan 42 magnet

Posted:

Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.

Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik.

Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik.

Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.


"Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya," kata jurucakap klinik.

Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: "Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak.

"Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Tiada ulasan:

Catat Komen