Ahad, 15 Julai 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Anak Stallone kempunan

Posted: 14 Jul 2012 03:57 PM PDT

LOS ANGELES: Anak pelakon handalan Hollywood, Sylvester Stallone, ditemui mati di rumahnya, semalam, dipercayai akibat terlebih mengambil ubat.

Media melaporkan, Sage Stallone ditemui tidak bernyawa di apartmennya di Los Angeles oleh seorang pembantu rumah. Menurut sumber, polis memang ada menghubungi Sage kerana keadaannya dilaporkan membimbangkan.


Jurucakap polis berkata, setakat ini pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau jenayah di sebalik kematian Sage. Peguam Sage, George Braunstein, berkata Sage sentiasa bersemangat dan sedang menyiapkan pelbagai projek.

"Malah, dia bercadang untuk kahwin.


"Kematian ini adalah satu tragedi," katanya. Sementara itu, Stallone dikatakan terlalu sedih dengan kematian Sage.


Ejen Stallone, Michelle Bega, berkata pelakon filem aksi itu masih bersedih atas kehilangan mengejut Sage.

"Kehilangan itu akan dirasakan Stallone selama-lamanya," katanya.


Berusia 36 tahun, Sage pernah muncul dalam filem Rocky V dengan watak Rocky Balboa Jr pada 1990 dan mereka sekali lagi bekerjasama dalam Daylight enam tahun kemudian.

Kata Michelle, Stallone kini menemani ibu Sage, Sasha (isteri pertama Stallone).


Sebelum ini, Stallone sibuk mempromosikan filem terbarunya, Expendables 2 dan amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian Sage.


Laman sesawang hiburan AS melaporkan, paramedik dipanggil sebaik saja amah terbabit melihat keadaan Sage, tetapi dia disahkan mati apabila diperiksa. Memetik sumber, Sage dipercayai mati akibat ubat berlebihan dan pihak berkuasa memastikan sama ada kejadian itu disengajakan atau kemalangan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15


Budak 12 tahun perogol termuda dihukum di Britain

Posted: 14 Jul 2012 03:55 PM PDT

LONDON: Seorang budak hanya mampu mengesat air mata selepas hakim mengarahkan dia dipenjara empat tahun atas kesalahan merogol dua kanak-kanak perempuan tahun lalu.

Tertuduh, 12, adalah pesalah termuda di Britain disabitkan dengan kesalahan rogol.


Dia didakwa menyerang mangsa pertama ketika itu berusia 10 tahun selepas memulakan permainan sorok-sorok di sebuah taman di Bolton, Manchester.

Mahkamah diberitahu, tertuduh menolak mangsa ke tembok dan cuba melondehkan seluar dalam budak perempuan terbabit.


Dalam kejadian berasingan, budak perempuan sama diperdaya di kawasan belukar sebelum dirogol.


Pendakwa berkata, budak lelaki itu cuba mencari mangsa lain ketika seorang budak perempuan leka bermain bola sepak.

Katanya, tertuduh memujuk mangsa ke sebuah 'pejabat' yang terletak di belakang sandaran papan di tepi sebuah rumah.


"Di situ budak lelaki terbabit mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol," katanya. Tertuduh menafikan tuduhan rogol dan serangan seks ketika pendakwaan dibuat di Mahkamah Liverpool.

Hakim, Mark Brown, berkata mangsa tidak mengizinkan dirinya diperlakukan sebegitu dan mereka mengalami pengalaman pahit kerananya. "Maruah mereka dicabul dan terpaksa pula menghadapi kesan psikologi.


"Ia juga memberi kesan kepada ibu bapa mangsa," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan