Ahad, 15 Julai 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


100 rentung cuba cedok minyak tumpah

Posted:

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup.
100 rentung cuba cedok minyak tumpah


PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.

"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP

Anak lelaki Sylvester Stallone ditemui mati

Posted:

Anak lelaki Sylvester Stallone ditemui mati

LOS ANGELES - Anak lelaki bintang aksi Hollywood, Sylvester Stallone ditemui mati pada Jumaat di rumahnya di Hollywood, Amerika Syarikat (AS).

Pihak polis dan peguam Sage Stallone, 36, bagaimanapun memberikan kenyataan bercanggah bagaimana mayat pelakon dan pembikin filem itu dijumpai.

Jurucakap polis Los Angeles, Leftenan Andy Neiman memberitahu, mayat Sage ditemui di rumah selepas satu panggilan meminta pihak berkuasa memeriksa keadaannya. Sementara peguam George Braunstein pula menyatakan mayat dijumpai oleh seorang pembantu rumah.

"Ahli keluarga dan rakan-rakannya bimbang kerana tidak melihat Sage selama beberapa hari," kata Braunstein.

Sage merupakan anak kedua Stallone dengan isteri pertamanya, Sasha Czack. Dia pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti Rocky V dan Daylight.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai seranta Stallone menyatakan: "Sylvester Stallone amat sedih atas kematian anaknya, Sage Stallone. Sage ialah seorang anak muda yang sangat berbakat dan baik. Kehilangannya akan dirasai selama-lamanya."

Polis dan Braunstein tidak memiliki sebarang perincian mengenai kematian Sage. "Kami tidak mempunyai sebarang maklumat terperinci. Ini adalah kemalangan tragis. Sage tidak mengalami kemurungan atau sebagainya," jelas Braunstein. - Reuters

China tawar AS$160tangkap ikan piranha

Posted:

China tawar AS$160tangkap ikan piranha

IKAN piranha memang terkenal dengan sifatnya yang ganas dan lahap.


BEIJING - Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.

Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan