Sabtu, 19 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Obama sedih kematian Summer

Posted:

Obama sedih kematian Summer

Obama sedih kematian Summer

GAMBAR fail menunjukkan Summer menyanyi pada konsert Hadiah Nobel Keamanan di Oslo, Norway pada 11 Disember 2009.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle bersedih ekoran kematian Ratu Disko, Donna Summer yang meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat penyakit kanser.

Pasangan itu memuji Summer sebagai bintang yang tidak dapat dicari ganti.

Menurut mereka, industri muzik telah kehilangan seorang legenda ekoran kematian penyanyi tersebut.

Seorang jurucakap Summer berkata, penyanyi itu meninggal dunia di kediamannya di bandar Naples, dalam negeri Florida kelmarin.

Summer mengecapi populariti semasa era kegemilangan muzik disko pada tahun 1970-an.

Namun, tidak seperti beberapa bintang disko lain, dia tidak dapat mengekalkan popularitinya setelah irama itu kian pudar.

Semasa hayatnya, Summer menerima lima anugerah muzik Grammy.

Dilahirkan di bandar raya Boston pada tahun 1948, Summer atau nama sebenarnya, LaDonna Adrian Gaines popular dengan beberapa lagu antaranya She Works Hard for the Money, Love to Love You Baby, Last Dance dan Bad Girls.

Selain Obama dan isterinya, kehilangan Summer turut diratapi penyanyi terkenal, Elton John.

Penyanyi itu berkata, Summer lebih daripada seorang Ratu Disko.

"Lagunya masih hebat pada zaman ini dan akan kekal hebat pada zaman seterusnya," kata John.

"Dia juga ialah rakan saya dan rakan Yayasan AIDS Elton John. Kehilangan Summer amat dirasai," tambah penyanyi itu. - Agensi

Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut

Posted:

Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut

Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut


BEBERAPA anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam bas yang terjunam ke tebing sungai di Dak Lak kelmarin.


HANOI - Sebuah bas terjunam dari sebuah jambatan di tengah Vietnam menyebabkan 34 penumpang terbunuh manakala 21 lagi cedera malam kelmarin.

Ia merupakan antara nahas jalan raya yang paling dahsyat di Vietnam.

Seorang pegawai tempatan, Tran Bao Que berkata, bas dengan 50 tempat duduk itu hilang kawalan sebelum ia menjunam pada ketinggian 18 meter ke tebing Sungai Serepok.

Sebahagian badan bas itu tenggelam ke dalam sungai tersebut.

"Semasa kejadian, penumpang bas sedang tidur," kata seorang mangsa yang terselamat, Nguyen Van Khanh kepada portal berita tempatan, Dan Tri.

Menurutnya, anggota-anggota penyelamat mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa.

Bas itu dalam perjalanan sejauh 350 kilometer menuju ke Bandar Ho Chi Minh dari wilayah Dak Lak. - Agensi

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga

Posted:

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga


SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan.


MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.

Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.

Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.

Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.

Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.

Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan