Sabtu, 19 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kafe kucing pertama di Eropah

Posted: 18 May 2012 09:01 AM PDT

VIENNA: Ia kafe yang berlainan dengan kafe lain. Penghuninya tidak akan mengangkat jari untuk melayan tetamu, sebaliknya akan berkeliaran di dalam seolah-oleh mereka yang memiliki kawasan itu.

Dan jangan terperanjat jika terdapat 'bulu ganjil' di dalam minuman anda.


"Kafe kucing' pertama di Eropah dibuka di Austria awal bulan ini.

Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.


Takako Ishimitsu, 47, pemilik kafe berkenaan berasal dari Jepun. Kafe seumpama itu adalah perkara biasa di negara matahari terbit itu.


Di situ, orang ramai yang ditegah memelihara haiwan di apartmen, boleh menghabiskan masa di kafe haiwan untuk bersama-sama dengan binatang kesayangan mereka.

Dengan harga secawan cap- pucino, mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan itu.


Terdapat sekurang-kurangnya 39 kafe seumpannya di Tokyo saja. Ada yang khusus tentang jenis kucing, seperti kucing hitam atau yang gemuk.

Takako berkata, dia mahu membawa aspek budaya Jepun yang luar biasa itu ke Eropah bagi menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang rindu untuk mendapatkan kucing peliharaan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana masalah ruang atau ekonomi.


Semua kucingnya diambil dari sebuah pusat perlindungan haiwan.


Takako menghabiskan masa tiga tahun berunding dengan pegawai majlis perbandaran mengenai isu kebersihan sebelum diberi kebenaran untuk membuka Cafe Neko (Kafe Kucing dalam bahasa Jepun).


Kafe berkenaan bukan saja mementingkan kebersihan tetapi juga menolak sebarang kehadiran anjing di dalamnya. - DM




Ratu Disko, Donna Summer meninggal dunia

Posted: 18 May 2012 08:58 AM PDT

NEW YORK: Ratu disko, Donna Summer (gambar) yang lagunya seperti 'Last Dance,' 'Love to Love You Baby' menjadi lagu hit di disko meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Kenyataan yang dikeluarkan keluarganya menyebut, Donna mati semalam.


Keluarga itu tidak menyatakan punca kematiannya. Dia menetap di Englewood, Florida bersama suami, Bruce Sudano. Donna mula terkenal ketika disko semakin popular dan dia muncul dengan beberapa lagu hit.

Elton John, dalam satu kenyataan berkata, Donna adalah lebih daripada Ratu Disko.


"Lagunya masih sedap didengar sehingga hari ini.


"Kegagalan untuk memasukkannya dalam senarai Rock `n' Roll Hall of Fame adalah sesuatu yang memalukan, lebih-lebih lagi apabila melihat mereka yang kurang berbakat disenaraikan.

"Dia adalah rakan baik saya dan Yayasan Aids Elton John. Saya akan merasa kehilangannya," kata penyany itu.


'Love to Love You Baby,' beserta dengan suara mengerang Donna adalah lagu hit pertamanya.

Nama sebenyarnya ialah LaDonna Adrian Gaines dan dia dilahirkan pada 1948 di Boston. - AFP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan