Selasa, 3 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Suspek serangan Hatyai ditangkap

Posted:

Suspek serangan Hatyai ditangkap

BANGKOK 3 April - Polis Thailand hari ini menahan seorang suspek pemisah dipercayai mempunyai kaitan dengan pengeboman di Hotel Lee Gardens di Hatyai pada 31 Mac lalu.

Samlee Puluduereh, 34, ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di daerah Mae Lan, wilayah Pattani. Turut dirampas semasa serbuan adalah sepasang playar dan dawai elektrik sepanjang 100 meter.

Pegawai berkata, Samlee menyerupai seorang daripada tiga individu yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta di hotel berkenaan.

Polis turut mengenal pasti beberapa lagi suspek yang dipercayai bersubahat dengan ketua kumpulan pemisah Sahudin Tohjehmah dalam kejadian pengeboman di selatan Thai tersebut.

Menurut sumber, Sahudin dalam letupan di Yala dipercayai dibantu Saifulloh Sahfru, yang juga rakan kepada Faisol Hayisama-ae, individu dikehendaki berhubung pembabitannya dalam serangan bom di lapangan terbang Hatyai pada 2005.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

3 maut ribut kuat melanda Jepun

Posted:

3 maut ribut kuat melanda Jepun


Dua buah trak senget selepas dipukul angin kencang di sebuah jambatan di bandar Toyama, barat Jepun, semalam, – AFP


TOKYO 3 April – Tiga orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh ribu penumpang perkhidmatan penerbangan dan kereta api di Jepun hari ini terkandas selepas kejadian ribut berkelajuan taufan melanda negara ini.

Seorang lelaki berusia 81 tahun maut di bandar Toyama, barat Jepun apabila sebuah bilik stor roboh akibat angin kencang, sementara seorang wanita berumur 69 tahun terkorban di bandar Mitoyo apabila sebuah gudang runtuh.

Agensi cuaca Jepun berkata, ribut dengan kelajuan 100 kilometer sejam itu melanda timur Jepun, termasuk Tokyo, dengan kawasan pantai dilihat menerima angin lebih kencang.

Sebanyak 240 penerbangan ditangguhkan, manakala syarikat Japan Airlines membatalkan 160 penerbangan domestik dan All Nippon Airways membatalkan 83 penerbangan domestik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan