Isnin, 2 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Suu Kyi menang jadi wakil rakyat

Posted:

Suu Kyi menang jadi wakil rakyat

Suu Kyi menang jadi wakil rakyat

SUU KYI melawat sebuah pusat pengundian di Kawhmu, Myanmar semalam.


YANGON - Para penyokong pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi bersorak gembira semalam selepas partinya mengumumkan beliau memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan Kawhmu dalam satu pilihan raya kecil.

Kemenangan tersebut menandakan satu kejayaan besar negara yang terletak di Asia Tenggara itu kerana pihak tentera telah memerintah secara eksklusif selama setengah abad.

Ia juga sebagai hadiah terbesar terhadap kerjaya politik Suu Kyi yang berusia 66 tahun dan pencapaian yang membanggakan bagi pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu.

Beliau pernah ditahan di rumah di tepi sebuah tasik oleh junta tentera.

Kemenangan itu telah dipaparkan pada skrin digital pembangkang Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi yang dianggotai Suu Kyi di ibu pejabat parti tersebut di Yangon.

Di bandar ini, lebih 1,000 penyokong menjerit apabila mengetahui berita itu.

"Kita menang! Kita menang"! jerit penyokong-penyokongnya dan turut bertepuk tangan, menari, mengibar bendera parti dan memberi isyarat kemenangan dan kata-kata pujian.

Keputusan tersebut perlu disahkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar.

Bagaimanapun, selagi masih belum ada keputusan, semua pihak tidak boleh membuat pengisytiharan secara rasmi tentang kemenangan tesrebut.

Pilhan raya kecil itu diadakan bagi memilih 45 wakil rakyat baharu. - Agensi

Motif serangan hotel belum diketahui

Posted:

Motif serangan hotel belum diketahui

Motif serangan hotel belum diketahui


DUA orang semalam berjalan dekat sebuah kereta yang terbalik akibat letupan bom di Yala kelmarin.


BANGKOK – Ketua Polis Hatyai, Khomgrit Srisong memberitahu pihaknya masih mengetahui motif kejadian letupan bom di sebuah hotel di sini kelmarin.

"Setakat ini, tidak ada petunjuk kenapa mereka (kumpulan yang melakukan serangan itu) melancarkan serangan tersebut," katanya semalam menerusi telefon kepada agensi berita AFP.

"Kami sedang menyoal siasat beberapa saksi dan mangsa yang cedera untuk mendapatkan maklumat," tambahnya.

Satu letupan bom kereta berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai dan ia disyaki dilakukan oleh kumpulan pemisah.

Ketua Polis Thailand, Priewpan Damapong menyatakan serangan tersebut dilakukan oleh gerila pemisah.

Letupan itu menyebabkan tiga orang terbunuh manakala ratusan lagi hilang.

Ia berlaku pada hari yang sama letupan bom berlaku di Yala.

Dua letupan berlaku

di Yala menyebabkan 10 orang terbunuh dan 17 lagi cedera.

Menurut Priewpan, letupan tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian di Yala dan ia dilakukan oleh kumpulan yang sama.

Sebelum ini, letupan di hotel berkenaan dipercayai berlaku akibat letupan gas di bahagian bawah tanah.

Namun, pihak polis kemudian mendapati ia berpunca daripada bom kereta di ruang bawah tanah hotel tersebut. – Agensi

Detik-detik Bieber disembur lendir hijau

Posted:

Detik-detik Bieber disembur lendir hijau

Detik-detik Bieber disembur lendir hijau


SEMBURAN lendir hijau mengenai Bieber dan Smith yang berada di belakangnya.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber disembur lendir berwarna hijau pada Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Kali ke-25 di sini kelmarin.

Bieber disembur lendir itu selepas dia menerima Anugerah Penyanyi Lelaki Pilihan menerusi undian daripada para peminat.

Dia disembur dengan lendir itu semasa berdiri bersama hos anugerah tersebut yang juga pelakon terkenal, Will Smith.

Sebanyak 20 anugerah disampaikan pada majlis tersebut.

"Tiada seorang pun yang akan selamat daripada lendir tersebut," jerit Smith.

"Anda perlu mendapatkan lendir itu," kata Smith semasa dia menjadi pengacara anugerah tahunan tersebut.

Lendir itu akan dicurahkan dari sebuah bekas tersembunyi dan di sembur ke arah pentas.

Bieber disembur dengan cecair tersebut menerusi 'meriam' yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi dengan warna hijau.

Kekasih Bieber, Selena Gomez, 19, memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Pilihan dan Aktres Pilihan Televisyen menerusi lakonannya dalam siri Wizards of Waverly Place.

Bintang filem Twilight, Kristen Stewart turut terkena semburan lendir itu.

Stewart, 21, memenangi Anugerah Aktres Pilihan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan