Sabtu, 10 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


14 maut bedilan Israel

Posted:

14 maut bedilan Israel


Penduduk Palestin melihat keadaan sebuah kereta yang musnah teruk dibedil Israel di Gaza City, kelmarin. - Reuters


GAZA CITY 10 Mac - Sebanyak 14 pejuang Palestin termasuk Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC), Zuhair al-Qaisi (gambar) terbunuh dalam tujuh serangan udara tentera Israel di Genting Gaza, semalam.

Jurucakap kesihatan Palestin, Adham Abu Salmiya berkata, sebanyak 20 lagi orang awam cedera akibat serpihan peluru yang disasarkan kepada kumpulan pejuang di kawasan awam yang sesak.

Kematian Zuhair mengundang kemarahan anggota kumpulan itu, menyebabkan mereka melancarkan lebih 50 roket ke kawasan Israel setakat ini, menurut sumber tentera Israel.

Israel mendakwa serangan seterusnya dilakukan sebagai membalas tindakan Palestin yang melancarkan roket dan bom mortar di bahagian selatan Israel awal pagi semalam, menyebabkan empat cedera.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pakistan lantik ketua risikan baru

Posted:

Pakistan lantik ketua risikan baru

ISLAMABAD 10 Mac - Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani melantik Ketua Pengarah baru Agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) semalam, sekali gus dijangka mampu memperbaiki hubungan tegang dengan Amerika Syarikat (AS) selama 15 bulan.

Leftenan Jeneral Zaheer-ul-Islam, yang menyertai program latihan di AS, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai komander V Corps, satu daripada cabang utama tentera yang berpangkalan di Karachi.

"Amat penting bagi seseorang yang profesional meneraju badan ini terutamanya ketika tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sudah berundur dari Afghanistan," kata penganalisis tentera, Talat Masood.

Islam mengambil alih jawatan tersebut daripada Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha yang dilantik pada 2008 hingga 2010, berikutan persaraannya pada 18 Mac ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan