Sabtu, 10 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lima lelaki dirotan kerana berjudi

Posted:

Lima lelaki dirotan kerana berjudi

Lima lelaki dirotan kerana berjudi

SEORANG pesalah judi dirotan di Langsa, Aceh semalam. Reuters


LANGSA, Indonesia - Lima lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai di sini semalam.

Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam.

Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat di hadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah.

Ketua bahagian jenayah di pejabat pendakwa raya Aceh, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki tersebut adalah antara 20 orang yang didapati bersalah melanggar undang-undang syariah pada Januari lalu.

Lima lelaki itu dirotan sebanyak enam kali.

Mereka dirotan di sebuah padang dan disaksikan ratusan orang yang menyorak semasa hukuman tersebut dilaksanakan.

Sebahagian daripada mereka menjerit dan mempersoalkan kenapa pesalah tersebut hanya dirotan sebanyak enam kali. - Agensi

10,000 tiket konsert penyanyi maya dijual

Posted:

10,000 tiket konsert penyanyi maya dijual

10,000 tiket konsert penyanyi maya dijual


SEJUMLAH penonton persembahan Hatsune Miku di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Semua 10,000 tiket untuk empat konsert penyanyi maya, Hatsune Miku di sini habis dijual dalam tempoh hanya beberapa jam walaupun harganya mahal iaitu AS$76 (RM228) sekeping.

Dua konsert itu diadakan kelmarin dan dua lagi semalam di sini.

Miku adalah imej janaan komputer berdasarkan program pensintesisan suara yang dibangunkan oleh syarikat Crypton bagi membolehkan pengguna menghasilkan muzik mereka sendiri.

Imej penyanyi wanita itu direka syarikat tersebut tetapi lagu nyanyian Miku dicipta oleh peminatnya.

Pada konsert berkenaan, imej Miku dipaparkan di skrin pentas manakala beribu-ribu lagi peminat membanjiri 24 panggung wayang untuk menyaksikan siaran langsung konsert penyanyi digital itu.

"Konsert ini sungguh menakjubkan, hati saya seperti masih menari. Saya berasa tidak dapat tidur pada malam ini kerana teruja," kata seorang wanita berusia 21 tahun, Yuya Ofuji selepas menonton persembahan Miku.

Seorang lagi peminat, Hazuki Koide menunjukkan dedikasinya dengan berpakaian seperti Hatsune Miku.

Siri konsert berkenaan turut disiarkan di panggung wayang di Shanghai, Hong Kong dan Taiwan. - Agensi

Cameron mahu teroka laut paling dalam

Posted:

Cameron mahu teroka laut paling dalam

Cameron mahu teroka laut paling dalam

WASHINGTON - Pengarah filem Avatar, James Cameron akan cuba untuk meneroka ke kawasan laut paling dalam di dunia di Lautan Pasifik dengan menggunakan sebuah kapal selam yang kecil pada lewat bulan ini.

Pengumuman itu dibuat selepas dia berjaya memecahkan rekodnya sendiri dengan menyelam di dalam laut secara solo dengan menggunakan sebuah kapal selam kecil di Lautan Pasifik dekat Papua New Guinea pada 4 Mac lalu.

Cameron yang menggunakan kapal selam kecil itu menyelam sedalam 8.2 kilometer (km).

Sasaran terbaharu Cameron adalah untuk menjadi manusia pertama sejak tahun 1960 melawat kawasan laut paling dalam di Bumi yang dikenali sebagai Challenger Deep sedalam 11km di kawasan Mariana Trench.

Kawasan itu yang terletak 321km dari barat daya Guam pernah dilawati oleh seorang pegawai tentera laut, Leftenan Don Walsh dan pakar lautan dari Switzerland, Jacques Piccard pada tahun 1960.

Walsh dan Piccard menghabiskan masa selama 20 minit di kawasan itu semasa mereka berada di dalam sebuah kapal selam kecil, Trieste.

Namun, Cameron, 57, mahu menghabiskan masa selama enam jam di kawasan tersebut. Misi pengarah filem itu adalah dengan kerjasama institusi pendidikan dan kajian saintifik, National Geographic.

Menurut pengarah filem itu kelmarin, dia akan berada di dalam sebuah kapal selam kecil yang selebar 109 sentimeter.

Cameron pernah menyelam sebanyak 12 kali untuk melihat bangkai kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912 selepas terlanggar bongkah ais dengan menyebabkan lebih 1,500 orang mati di Lautan Atlantik. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan