Selasa, 13 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Taliban ikrar balas dendam

Posted:

Taliban ikrar balas dendam

Taliban ikrar balas dendam

BEBERAPA orang tentera AS berkawal di hadapan sebuah kem tentera di Panjwai, wilayah Kandahar. AS kini berdepan tekanan daripada Taliban yang mahu membalas dendam. - Agensi


KABUL – Kumpulan Taliban Afghanistan semalam berikrar akan membalas dendam ke atas kekejaman Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden seorang tentera AS menembak mati 16 orang penduduk kampung di dalam rumah mereka.

Taliban menegaskan ia akan membalas tindakan kejam bagi pihak setiap seorang yang terkorban itu, jelas satu kenyataan di laman webnya.

Kelmarin, seorang tentera AS keluar dari pangkalan tentera di Kandahar sebelum memecah masuk ke dalam beberapa buah rumah di kampung berdekatan dan membunuh 16 orang yang terdiri daripada wanita serta kanak-kanak.

Dia kemudian ditahan. AS mengeluarkan kenyataan simpati kepada keluarga mangsa, selain berjanji akan mengambil tindakan.

"Kebanyakan mangsa ialah wanita, orang tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Pengganas AS mahu mencari alasan atas jenayah tidak berperikemanusiaan ini dengan mendakwa pelakunya mengalami masalah mental.

"Jika benar sekali pun dia sakit mental, ini membuktikan satu lagi krisis moral tentera AS kerana mereka memberikan senjata kepada orang gila dan menembak orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata tanpa memikirkan kesannya," jelas laman web Taliban. – AFP

juara Box Office Amerika Utara

Posted:

<i>The Lorax</i> juara Box Office Amerika Utara

The Lorax juara Box Office Amerika Utara


PELAKON Danny DeVito (kiri), Zac Efron (kanan) dan Angy bergambar pada sesi promosi Dr. Seuss' The Lorax di Madrid, Sepanyol pada Khamis lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem tentang ranjau kehidupan masyarakat industri, Dr. Seuss' The Lorax menjuarai carta box office Amerika Utara buat minggu kedua berturut-turut dengan kutipan tiket mencecah AS$39.1 (RM118.2 juta) pada hujung minggu lalu, kata firma industri perfileman, Exhibitor Relations kelmarin.

Menampilkan suara Danny DeVito, Zac Efron dan Taylor Swift, filem The Lorax mencatat rekod filem animasi bukan sekuel yang menjana pendapatan tertinggi pada minggu lalu dengan mengatasi filem The Incredibles. The Lorax memperoleh hasil kutipan tiket hampir AS$122 (RM369) juta sejak ia mula ditayangkan.

Tempat kedua menjadi milik pendatang baharu dari studio Disney, John Carter yang diadaptasi daripada buku Tarzan karya Edgar Rice Burroughs.

Filem tentang seorang bekas askar era Perang Saudara AS yang menjadi wira di planet Marikh itu mengutip AS$30.6 (RM92.8 juta).

Filem komedi mengenai parti liar di sebuah sekolah tinggi, Project X, mengekori di tempat ketiga dengan perolehan AS$11.6 juta (RM92.5 juta).

Silent House, sebuah filem seram mengenai seorang wanita muda terperangkap di dalam banglo berhantu berada pada kedudukan keempat dengan kutipan tiket melebihi AS$7 juta (RM21.1 juta).

Di tempat kelima teratas carta box office ialah Act of Valor, filem perang yang dibintangi beberapa anggota komando Navy Seal AS dengan kutipan AS$7 juta (RM21.1 juta). - AFP

Eropah bakal hadapi kemelesetan ekonomi

Posted:

Eropah bakal hadapi kemelesetan ekonomi

Eropah bakal hadapi kemelesetan ekonomi

FRANKFURT, Jerman - Seorang pegawai kanan Bank Pusat Eropah (ECB) menyatakan, 17 negara yang menggunakan mata wang euro akan dilanda 'kemelesetan ekonomi yang amat sederhana' pada tahun ini.

Benoit Coeure memberitahu akhbar Jepun, Nikkei bahawa pertumbuhan ekonomi terbantut akibat kekurangan pinjaman bank dan langkah penjimatan oleh beberapa kerajaan Eropah yang berdepan krisis hutang negara.

Selain itu, kata Coeure, harga minyak yang tinggi dan kenaikan cukai turut menyumbang kepada inflasi. Namun beliau percaya kesan tersebut cuma untuk jangka pendek.

Ekonomi zon mata wang euro menyusut 0.3 peratus dalam suku keempat kewangan.

Eksekutif ECB berkenaan meramalkan pertumbuhan ekonomi negatif antara 0.5 peratus dan pertumbuhan positif 0.3 peratus di Eropah pada tahun ini. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan