Rabu, 29 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


PBB dipelawa lawat Palestin

Posted:

PBB dipelawa lawat Palestin


Pegawai polis Hamas memeriksa kerosakan ke atas bangunan di Gaza akibat serangan tentera udara Israel di Gaza City pada 16 Februari lalu. - REUTERS


GENEVA 29 Feb. - Palestin menjemput anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat Tebing Barat, Genting Gaza dan Timur Baitulmaqdis bagi menyaksikan masalah sebenar di wilayah Palestin itu.

Utusan Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, beliau telah menghantar surat jemputan itu kepada 15 anggota majlis itu bagi membolehkan mereka 'melihat dengan mata mereka sendiri keadaan sebenar penduduk Palestin di wilayah yang dijajah (Israel), termasuk penempatan haram Israel'.

Beliau berkata demikian kepada media selepas satu rundingan dengan Majlis Keselamatan PBB berhubung Asia Barat, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Mayat 11 September dilupus

Posted:

Mayat 11 September dilupus

WASHINGTON 29 Feb. - Pentagon, semalam mendedahkan laporan oleh satu panel bebas berhubung dakwaan sebahagian mayat mangsa serangan pengganas pada 11 September 2001 telah dilupuskan di satu lokasi rahsia.

Ketua panel terbabit, Jeneral Tentera (B) John Abizaid berkata, mayat-mayat terbabit merupakan mangsa serangan di Pentagon dan penumpang yang terkorban selepas pesawat yang dinaiki dirampas pengganas dan terhempas di Shanksville, Pennsylvania.

Katanya, pendedahan itu dibuat selepas berlaku masalah di rumah mayat Pangkalan Tentera Udara Dover yang tidak menguruskan dengan baik mayat askar Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Iraq dan Afghanistan.

Pihak tentera mengetahui hal itu pada tahun lalu selepas beberapa mayat askar di rumah mayat Dover di Dalaware telah dibakar dan dihantar ke satu kawasan rahsia di Virginia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan