Selasa, 14 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Lelaki Iran bawa bom di Bangkok

Posted: 14 Feb 2012 11:59 AM PST

Dunia

ORANG ramai melihat suspek yang cedera selepas bom dibawanya meletup di luar sebuah sekolah di Bangkok, semalam.

ORANG ramai melihat suspek yang cedera selepas bom dibawanya meletup di luar sebuah sekolah di Bangkok, semalam.

5 cedera dalam beberapa letupan, pasport dedah kewarganegaraan

BANGKOK: Seorang lelaki Iran membawa bahan letupan menerima padah semalam apabila kakinya putus kerana bom dibawanya meletup selain mencederakan empat orang lain dalam beberapa letupan di ibu kota Thailand.

Pasukan keselamatan menemui lebih banyak bahan letupan dalam rumah disewa penyerang di ibu kota ini, namun tidak diketahui sasarannya, kata pegawai kanan polis, Jeneral Pansiri Prapawat. Sehari sebelumnya, sebuah kereta diplomat Israel diletupkan di New Delhi dan Israel menyalahkan Iran atas serangan itu.

Pihak berkuasa tidak membuat kenyataan segera mengatakan sama ada insiden itu berkaitan tetapi jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor di Baitulmaqdis berkata: "Kami tidak menolak sebarang kemungkinan."

Satu daripada letupan itu merosakkan sebuah teksi dan sebutir bom tangan meletup selepas penyerang berada di luar sebuah sekolah Thai, kata pegawai kanan polis, Kolonel Warawut Taweechaikarn.

Gambar lelaki Iran yang cedera menunjukkan badannya diselaputi jelaga di kawasan luar sebuah sekolah dengan kaca pecah bertaburan. Sebuah bungkusan hitam ditemui berhampiran disiasat unit pemusnah bom.
Pansiri berkata, sekeping pasport ditemui di tempat kejadian menyatakan lelaki terbabit bernama Saeid Moradi berasal dari Iran.

Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan dibawa ke Hospital Kluaynamthai untuk rawatan akibat cedera, kata Suwinai Busarakamwong, seorang doktor.
Letupan ketiga berlaku di sebuah rumah sewa jalan sama, sebuah kawasan perniagaan, namun tidak mencederakan sesiapa.

Bulan lalu, seorang lelaki Lubnan-Sweden yang didakwa ada kaitan dengan militan pro-Iran, Hizbullah, ditahan polis Thai. Dia membawa pihak berkuasa ke sebuah gudang dipenuhi dengan lebih 4,000 kilogram baja urea dan beberapa liter cecair ammonium nitrat.

Israel dan Amerika ketika itu memberi amaran penduduk mereka berjaga-jaga di ibu kota ini, namun pihak berkuasa Thailand berkata negara itu jelas tempat persinggahan namun bukan sasaran serangan. – AP

Kabinet sokong PM Pakistan

Posted: 14 Feb 2012 11:56 AM PST

Dunia

ISLAMABAD: Kabinet Pakistan semalam menyuarakan keyakinan penuh kepada Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani, ketika beliau bersiap sedia berdepan perbicaraan atas tuduhan menghina mahkamah, yang boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan.

"Kabinet sebulat suara memuji cara Perdana Menteri bertindak di Mahkamah Agung dan menyatakan keyakinan penuh kepimpinannya," kata ke-nyataan pejabat Gilani.

Gilani berterima kasih kepada Kabinet dan berkata dia menjadi Perdana Menteri kerana sokongan Ahli Parlimen, rakan Kabinet dan rakan parti gabungan.

Kabinet sebulat suara memuji cara Perdana Menteri bertindak di Mahkamah Agung dan menyatakan keyakinan kepada kepimpinannya. - Kenyataan

Kelmarin, Gilani didakwa menghina mahkamah oleh Mahkamah Agung kerana enggan membuka semula kes rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah ditangguhkan sehingga 22 Februari, langkah pertama membuka jalan perbicaraan yang mungkin menyaksikan beliau dipenjara enam bulan dan dising-kirkan daripada jawatan.

Zardari dan isteri, bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto, disyaki menggunakan akaun Switzerland untuk menyimpan rasuah AS$12 juta (RM36 juta) yang dibayar syarikat untuk diberi kontrak pemeriksaan kastam pada 1990-an.

Gilani enggan membuka kes itu dan berkata, Zardari kebal daripada pendakwaan sebagai presiden dan perintah itu bermotifkan politik. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan