Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Itali berdepan krisis politik

Posted:

Itali berdepan krisis politik

Itali berdepan krisis politik

ROM 9 Nov. - Itali bakal berdepan pergolakan politik berpanjangan, selepas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi bersetuju meletakkan jawatan, setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.

Berlusconi mengesahkan kenyataan Presiden Giorgio Napolitano bahawa beliau akan berundur sebaik-baik sahaja Parlimen meluluskan pembaharuan bajet yang dituntut oleh para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bagi membantu Itali mengelakkan krisis hutang yang mengancam zon mata wang euro.

"Kami tidak lagi mempunyai majoriti yang diyakini, kerana itu kami perlu mengakui perkara ini dan mengambil kira apa yang berlaku di pasaran kewangan, kami perlu menunjukkan kepada pasaran bahawa kami serius," kata Berlusconi kepada televisyen Itali.

Pengundian di kedua-dua dewan Parlimen berhubung usul pembaharuan bajet itu dijangka berlangsung bulan ini, perkembangan yang menandakan berakhirnya dominasi Berlusconi, seorang jutawan media yang dibelenggu skandal seks sepanjang menguasai politik Itali sejak 17 tahun lalu.

Kegagalan beliau melaksanakan pembaharuan mencetuskan pemberontakan dalam partinya dan Berlusconi memberitahu stesen televisyen Canale 5, satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah mengadakan pilihan raya awal, walaupun ini boleh memanjangkan situasi tidak menentu yang menjejaskan keyakinan pasaran.

Napolitano berkata, beliau akan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak mengenai pembentukan kerajaan baru.

Pasaran dan Presiden itu sendiri dipercayai menyokong penubuhan sebuah kerajaan perpaduan nasional atau kerajaan teknokrat.

Kerajaan Berlusconi memenangi pengundian penting mengenai bajet di Parlimen, semalam selepas pembangkang enggan mengundi tetapi beliau gagal memperoleh majoriti, sekadar mendapat 308 undi di dewan rendah yang mempunyai 630 kerusi, kurang lapan untuk mencapai 316 undi yang diperlukan bagi menjamin kelulusan.

Berlusconi, 75, mengalami tekanan sejak berminggu-minggu lalu, disebabkan pelbagai skandal seks dan undang-undang, kekalahan politik, dan paling penting, kehilangan keyakinan terhadap negara ini di pasaran antarabangsa.

Namun, beliau berkeras tidak mahu meletakkan jawatan sehinggalah pengundian semalam, sebaliknya berhempas pulas hingga ke saat-saat akhir untuk cuba mendapat kembali sokongan 'pemberontak' dalam Parti Kebebasan Rakyat (PDL) pimpinannya.

Pengundian itu menunjukkan beliau gagal membendung pemberontakan, dan kekecewaan Berlusconi didedahkan oleh seorang jurugambar yang merakamkan perkataan '8 pembelot' ditulis pada kertas nota beliau di Parlimen selepas keputusan undi dibacakan oleh Speaker. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Musim haji tahun ini berjaya – TPM Arab Saudi

Posted:

Musim haji tahun ini berjaya – TPM Arab Saudi

Musim haji tahun ini berjaya – TPM Arab Saudi


Jemaah haji berdoa di Jabar Rahmah, Padang Arafah, sebelum menuju ke Mina. – REUTERS


MINA 9 Nov. – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Naif menggambarkan perjalanan haji pada tahun ini sebagai kejayaan paling gemilang berbanding musim-musim haji sebelum ini.

Naif yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkata, situasi antarabangsa telah berubah dan timbul kebimbangan sesetengah pihak akan mengeksploitasi ibadah haji untuk mencetuskan kekacauan, tetapi syukur kepada Allah, perkara itu tidak berlaku.

Beliau bercakap pada satu majlis malam tadi untuk meraikan para pegawai pasukan keselamatan haji di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri di Mekah.

"Hakikatnya kita perlu mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah haji kerana mereka telah membuktikan mereka adalah orang Islam yang menunaikan kewajipan agama mereka dan mereka semua telah memberi kerjasama," ujar Putera Mahkota itu, menurut laporan Arab News.

Kata Naif, pihak berkuasa hanya mahu memastikan seluruh umat Islam dapat menunaikan ibadah haji dengan lancar dan tanpa masalah.

"Kita tidak melihat negara asal jemaah atau mana-mana isu politik.

"Kita melihat mereka sebagai jemaah haji dan Islam, dan kerana itu kita menyediakan apa jua kemudahan yang membolehkan mereka menunaikan haji dengan selesa, selamat, dalam keadaan sihat dan aman," kata Naif. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan