Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


CBI panggil Ananda Krishnan

Posted:

CBI panggil Ananda Krishnan

CBI panggil Ananda Krishnan

NEW DELHI 14 Okt. - Biro Siasatan Pusat (CBI) India membayangkan akan memanggil pemilik sebuah syarikat telekomunikasi dari Malaysia, T. Ananda Krishnan (gambar) untuk disoal siasat berhubung kaitannya dalam penjualan Aircel kepada syarikat Maxis Communications Bhd. (Maxis) yang mencetuskan kontroversi.

CBI turut akan memanggil Pengarah Astro All Asia Networks, Ralph Marshall, Pengarah SUN Direct TV, Kalanithi Maran dan bekas Menteri Komunikasi, Dayanidhi Maran berhubung kes itu.

Setakat ini, agensi itu telah menyoal siasat Marshall, Pengarah Eksekutif Hospital Apollo, Suneeta Reddy dan adik-beradik Maran, dan Ananda juga perlu disoal siasat, menurut satu sumbar CBI.

Agensi itu telah memfailkan kes ke atas adik-beradik Maran, Ananda, Marshall dan tiga lagi syarikat iaitu Astro All Asia Networks, Sun Direct TV dan Maxis di bawah jenayah konspirasi dan Akta Membanteras Rasuah.

Pada Isnin lalu, CBI mula melakukan pencarian di premis adik-beradik Maran di Delhi dan Chennai serta di kediaman Suneeta di Hyderabad.

Bekas ketua Aircel, C. Sivasankaran menuduh Dayanidhi yang ketika itu Menteri Komunikasi mahu kumpulan Maxis mengambil alih syarikat tersebut dan sebagai ganjarannya, pelaburan akan dibuat oleh syarikat itu melalui Astro di Sun TV milik keluarga Maran.

Sumber di CBI mendakwa, siasatan yang dijalankan mendapati wujud ganjaran balasan kepada Dayanidhi dalam pembelian Aircel. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Brunei: Laksana segera Syariah

Posted:

Sultan Brunei: Laksana segera Syariah

Sultan Brunei: Laksana segera Syariah

BANDAR SERI BEGAWAN 14 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mahu kerajaan melaksanakan segera undang-undang Syariah bersama undang-undang sivil yang telah dicadangkan sebelum ini.

Ketika berucap pada mesyuarat Majlis Agama Islam Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkata, pelaksanaan undang-undang itu tidak boleh ditangguhkan lagi selepas proses untuk melaksanakannya telah dimulakan.

''Kita tidak sepatutnya menangguhkannya tetapi menggunakan peluang ini secara positif. Kita sudah ada mahkamah agung, melahirkan banyak pakar dan mencapai kemerdekaan. Apa lagi yang diperlukan,'' katanya yang dipetik oleh portal berita Malaysia Chronicle, kelmarin.

Apabila dilaksanakan, Brunei akan menyertai Malaysia yang turut melaksanakan undang-undang Syariah tetapi tanpa hukum hudud.

Borneo Bulletin juga melaporkan Sultan Hassanal menyatakan Akta Jenayah Syariah jika difahami dengan jelas merupakan yang terbaik kerana ia dicipta oleh Allah dan bukan manusia,

Dalam pada itu, Peguam Negara Brunei, Datin Seri Paduka Hayati Pehin berkata, Perlembagaan Brunei yang tidak menyebut secara langsung satu sistem perundangan berdasarkan al-Quran merupakan satu cabaran besar bagi melaksanakan undang-undang Syariah di negara ini yang mempunyai dua sistem perundangan.

''Perlembagaan Brunei tidak menyebut secara langsung bahawa sistem perundangan negara ini adalah bertunjangkan al-Quran atau sistem perundangan Syariah,'' katanya dalam kertas kerja 'Ke arah Pelaksanaan Undang-undang Syariah daripada Perspektif Perlembagaan Brunei' yang disampaikan pada hari kedua Seminar Undang-undang Islam Antarabangsa, di sini semalam.

Hayati berkata, Perlembagaan beberapa negara seperti Malaysia bagaimanapun menyebut penggunaan sistem perundangan Syariah.

Ketika ini, katanya, semua penguatkuasaan undang-undang terletak di bawah undang-undang sivil dan bukannya undang-undang Syariah.

Ketua Program Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei, Mohd. Rafee Shahif pula menyatakan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah akan membawa rahmat dan melengkapkan undang-undang negara ini.

Bagaimanapun, katanya, rakyat masih menunggu bentuk hukuman yang akan digunakan termasuk pelaksanaan undang-undang takzir (hukuman sebagai. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan