Ahad, 16 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Mahkamah tolak rayuan Jafar

Posted: 15 Oct 2011 07:26 AM PDT

TEHERAN: Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penjara enam bulan, 20 tahun larangan membuat filem dan lawatan kepada pengarah yang memenangi anugerah antarabangsa, Jafar Panahi.

Menurut keluarganya, keputusan yang dibuat dua minggu lalu, masih belum dilaksanakan.

Akhbar Iran mengesahkan keputusan itu semalam. Menurutnya, "Tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah kerana berlakon tanpa menghiraukan keselamatan negara dan melakukan propaganda menentang Iran."

Akhbar itu berkata, dalam rayuan yang sama, hukuman penjara enam tahun ke atas pembuat filem Mohammad Rasoulof telah dikurangkan selama setahun.


Jafar, 51, telah memenangi banyak anugerah asing bagi filemnya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Pangkalan AS diserang

Posted: 15 Oct 2011 07:21 AM PDT

KABUL: Empat orang penyerang berani mati melancarkan roket dan memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke sebuah pengkalan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah Amerika Syarikat, awal pagi, semalam.

Menurut Ketua Polis Wilayah, General Mohammad Qasim Jangalbagh, walaupun mereka gagal melepasi pagar pengkalan yang terletak di daerah Rakha, mereka melancarkan roket dan berjaya menembusi menara keselamatan.

Tiga orang menyerang dengan berjalan kaki manakala seorang lagi meletupkan kenderaan mengandungi bom di luar pagar.

Kata Jangalbagh, dua pemandu terbunuh dan dua pengawal keselamatan cedera dalam serangan itu. Semua penyerang itu turut dibunuh.


Jurucakap Nato mengesahkan kejaian serangan itu dan berkata tiada rakyat Amerika yang mati atau cedera dan tiada kerosakan besar di bangunan itu.


Kata Kapten Ebony Calhoun, "Ia satu serangan yang agak kompleks tetapi berjaya dipatahkan."

Katanya, keadaan pengawal keselamatan itu tidak terlalu serius tetapi mereka telah dipindahkan ke pengkalan AS yang lebih besar untuk rawatan.
Jangalbagh berkata, ada kerosakan di pangkalan itu.
Selain Pasukan Pembangunan Semula, pangkalan itu juga menempatkan kumpulan ketenteraan dan orang awam yang bekerja di jabatan membantu pengurusan tadbir wilayah, perkhidmatan dan infrastruktur.

Kumpulan Taliban menghantar mesej pesanan ringkas ke The Associated Press mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Serangan di Panjshir itu sehari selepas serangan di sempadan Afghanistan yang membunuh seorang polis dan seorang orang awam. -AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan