Jumaat, 23 September 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


129 negara sokong Palestin

Posted:

129 negara sokong Palestin

129 negara sokong Palestin


PELAJAR-pelajar Palestin turut sama bersorak semasa menyertai demonstrasi membantah ucapan Presiden Barack Obama di Perhimpunan Agung PBB kelmarin yang pro-Israel, di Ramallah, Palestin, semalam. -REUTERS


NEW YORK 23 Sept. - Ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia untuk mengemukakan permohonan pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat, dua per tiga anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah menyokong usaha berkenaan.

Delegasi Palestin menyatakan sebanyak 129 negara sudah memberikan sokongan kepada Palestin, lapor saluran televisyen, Al Jazeera.

Keadaan itu membawa makna Palestin menerima sokongan dua pertiga majoriti di Perhimpunan Agung PBB di mana Palestin boleh memilih untuk mendapatkan status bukan anggota dalam badan dunia itu.

''Pada peringkat ini, Palestin boleh ke Majlis Keselamatan PBB di mana Abbas menyerahkan permohonan berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB,'' lapor Al Jazeera.

Dalam pada itu, rakyat Palestin mengadakan demonstrasi di jalan-jalan raya di Ramallah dan Gaza, semalam selepas ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Perhimpunan Agung PBB yang dilihat pro-Israel.

Lebih 1,000 penunjuk perasaan yang membawa kain rentang mengecam Obama, berkumpul di luar pejabat Abbas di Tebing Barat sebelum berarak ke pusat bandar.

Di Gaza pula, kira-kira 300 wanita mengadakan demonstrasi di luar pejabat PBB sambil melaungkan slogan anti-Obama.

Ucapan Obama itu mengulangi bantahannya terhadap usaha pengiktirafan Palestin itu dan menunjukkan simpati ke atas kesengsaraan hidup rakyat Israel.

Sementara itu, rakyat Palestin hari ini memberikan sokongan penuh kepada pemimpin mereka yang akan mengemukakan permohonan pengiktirafan tersebut.

Penyanyi dari Jenin, Ahmad Rahal mencipta lagu yang memuji Presiden Mahmoud Abbas sebagai seorang penjaga dan pelindung rakyat Palestin.

Menurut pemilik bengkel, Bilal Abu Ahmed, mereka amat menyambut baik tindakan Abbas dan gembira jika ia berjaya.

"Kami sudah tidak mampu untuk terus menderita. Biarlah anak-anak kami hidup dalam kemerdekaan," katanya. - Agensi

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

Posted:

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

Ucapan Ahmadinejad berbisa di telinga AS

NEW YORK 23 Sept. - Delegasi Amerika Syarikat (AS) keluar dari dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengkritik negara-negara Barat.

Pemimpin Iran itu sekali lagi menyatakan keraguannya terhadap punca pembunuhan kaum Yahudi yang digelar Holocaust dan serangan 11 September 2001 serta mengkritik AS yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden tanpa membawanya ke muka pengadilan.

"Negara-negara Eropah menggunakan pembunuhan kaum Yahudi itu sebagai alasan untuk membayar tebusan kepada Zionis.

"Matlamat kejam negara-negara Barat merupakan punca peperangan dan krisis ekonomi," katanya.

Seperti yang pernah berlaku di perhimpunan PBB dan majlis antarabangsa yang lain sejak beberapa tahun ini, seorang diplomat AS yang mengawasi ucapan di Perhimpunan Agung PBB keluar meninggalkan perhimpunan tersebut 20 minit selepas ucapan dimulakan.

Menurut jurucakap misi AS, Mark Kornblau, seramai 27 orang dari Kesatuan Eropah (EU) kemudian mengikuti jejak langkah diplomat AS itu sebagai tanda Protes.

"Ahmadinejad mempunyai peluang menyatakan hasrat rakyatnya untuk kebebasan dan maruah tetapi sebaliknya beliau sekali lagi bersifat anti-Semitik dan mengeluarkan teori konspirasi yang keji," kata Kornblau. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan