Rabu, 27 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Tanah runtuh di Korea, 32 maut

Posted:

Tanah runtuh di Korea, 32 maut

Tanah runtuh di Korea, 32 maut


Pasukan menyelamat mengangkat satu mayat penduduk yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat di Seoul, semalam. - REUTERS


SEOUL 27 Julai - Seramai 32 maut, sementara 10 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat di sebuah pusat peranginan di bandar Chuncheon, utara Korea Selatan, awal pagi ini.

Pegawai bomba, Byun In-soo berkata, 10 yang terbunuh merupakan pelajar kolej yang sedang mengikuti kerja-kerja sukarela.

Katanya, kesemua mangsa tertimbus ketika sedang tidur dalam sebuah kabin di Chuncheon, kira-kira 110 kilometer di timur laut Seoul.

Seramai 24 mangsa turut cedera dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyaksikan beberapa buah bangunan serta premis musnah.

Kira-kira 500 pekerja penyelamat kini giat menjalankan operasi mencari 10 mangsa yang hilang, katanya.

Seorang lagi pegawai bomba, Lee Ju-hee berkata, antara yang maut ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Pegawai kaji cuaca berkata, kira-kira 400 milimeter bacaan hujan direkod di Seoul dalam tempoh 17 jam sejak tengah hari semalam yang mengakibatkan beberapa bahagian bandar utama termasuk Seoul ditenggelami air.

Jalan-jalan raya di Seoul hari ini turut dilanda banjir lumpur sehingga memaksa orang ramai naik ke bumbung kereta masing-masing yang hampir ditenggelami air.

Banjir turut menenggelamkan stesen-stesen kereta api bawah tanah dan menyebabkan sisa kumbahan melimpah dari tangki pembetung.

Menurut pegawai bencana bandar, kira-kira 800 rumah ditenggelami air di Seoul, namun masih belum ada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.

Agensi Polis Metropolitan Seoul mengeluarkan satu amaran lalu lintas serta mengerahkan lebih ramai anggota polis bagi mengawal keadaan akibat hujan lebat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

Posted:

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

China lumpuhkan sindiket terbesar seludup bayi

BEIJING 27 Julai - Polis berjaya menyelamatkan 89 bayi yang diculik dan menahan 369 suspek dalam dua kes penyeludupan manusia terbesar di China pada bulan ini.

Dalam salah satu kes, polis Guangdong dengan kerjasama pihak berkuasa wilayah autonomi Guangxi Zhuang, berjaya melumpuhkan aktiviti menculik dan menjual kanak-kanak ke Vietnam.

Menurut seorang pegawai daripada jabatan keselamatan awam wilayah Guangdong, dengan penangkapan itu, polis berjaya melumpuhkan satu rangkaian terbesar penjenayah terlibat dalam menculik dan menjual kanak-kanak dari Vietnam ke China.

"Kebanyakan anggota kumpulan penjenayah itu adalah penduduk Vietnam, tambah pegawai tersebut.

Lapan bayi yang diculik itu berusia antara 10 hari hingga 7 bulan dan mereka telah diberi ubat pelali dan pil tidur dan ketika diselamatkan, mereka masih tidur.

Semua mangsa telah dibawa ke hospital dan pusat kesihatan tempatan untuk rawatan lanjut.

Lebih 300 anggota polis dari Guangdong dan Guangxi menyertai operasi itu yang dilancarkan pada 15 Julai lalu.

Dalam satu kes berasingan, polis dari 14 wilayah autonomi mengerahkan kira-kira 2,600 pegawai untuk melumpuhkan kumpulan penyeludupan kanak-kanak terbesar pada 20 Julai lalu. Kumpulan itu dianggotai 330 penjenayah.

Sebanyak 81 orang bayi berjaya diselamatkan, kebanyakan mereka kanak-kanak perempuan, berumur 10 hari hingga 4 bulan. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan