Selasa, 12 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pawagam teknologi 4D diperluas

Posted: 11 Jul 2011 08:26 AM PDT

LOS ANGELES: Disebabkan sesetengah penonton wayang kurang berminat dengan filem tiga dimensi (3D) yang dianggap mahal, Hollywood kini dilaporkan dalam proses mengubah produk mereka kepada format empat dimensi (4D).

Bagaimanapun, sebahagian peminat berasa loya atau pening selepas menonton filem 3D seperti Kung Fu Panda 2 dan yang terbaru, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.


Sebuah syarikat Korea Selatan kini giat membina pawagam dilengkapi kerusi yang mampu bergegar mengikut keadaan dalam filem.

Melalui teknologi 4D itu, penonton juga bakal merasai pelbagai kesan khas yang dimasukkan ke filem, seperti angin, kabus, kilat serta bau-bauan.


Dikenali sebagai CJ 4DPlex, syarikat Korea Selatan itu baru membuka pejabatnya di Los Angeles bagi membolehkan pengaturcara komputer menyiapkan filem aksi.


Syarikat itu bercadang membina kompleks pawagam dengan kemudahan 4D pertama di Amerika Syarikat dengan New York sebagai lokasi utama.

Jurucakap syarikat itu berkata, jika mendapat sambutan, kemudahan itu akan diperluaskan ke Eropah.


Di Seoul, penggemar wayang di situ menikmati filem 4D terbaru - Kung Fu Panda 2 - pada minggu lalu.

Seorang penonton berkata, dia merasai kesan gerakan di pinggang atau pinggul ketika watak dalam filem animasi berkenaan bergaduh.


"Di akhir filem, ada buih jatuh dari siling bagi menimbulkan kesan percikan bunga api," katanya.


Untuk melalui pengalaman itu, dia tidak keberatan membelanjakan hampir RM48 untuk harga tiket.


Bagaimanapun, tidak semua gemarkan kesan fizikal itu.


Sesetengah penonton rimas akibat kesan basah ketika menyaksikan filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides walaupun sukakan bau tertentu seperti badan Kapten lakonan Johnny Depp.


Sebahagian penonton pula mengalami masalah pendengaran sementara selepas menyaksikan Transformers: Dark of the Moon. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hitler arah anak patung seks dibekalkan kepada tentera Nazi di Perancis

Posted: 11 Jul 2011 08:18 AM PDT

LONDON: Adolf Hitler pernah mengarahkan anak patung seks ciptaan Jerman dibekalkan kepada tentera Nazi selepas kebanyakan tenteranya menghidap penyakit kelamin.

Dokumen terbaru menunjukkan, penyakit kelamin di kalangan tentera Nazi sangat serius kerana mereka selalu berfoya-foya ketika bertugas di Paris.


Masalah itu dikatakan begitu serius sehingga mereka gagal menjalankan tugas di medang perang.

Pegawai kanan Hitler, Heinrich Himmler, pernah berkata bahaya terbesar bagi Jerman di Paris ialah penularan penyakit kelamin daripada pelacur.


"Menjadi tugas kita menghalang tentera daripada membahayakan kesihatan mereka," katanya.


Hitler dilaporkan mengarahkan penghantaran anak patung berbentuk wanita berambut perang dan bermata biru itu untuk diedarkan kepada tenteranya.

Saiz anak patung itu sengaja direka kecil supaya muat disimpan dalam beg sandang.


Bagaimanapun, pada 1942, tentera Jerman enggan membawa bersama mereka anak patung itu kerana bimbang akan ditertawakan jika ditangkap tentera Britain. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan