Ahad, 12 Jun 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks

Posted:

Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks

Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks


STACEY dan Ryan Giggs.


MANCHESTER - Bintang bola sepak, Ryan Giggs memberitahu isterinya, Stacey bahawa dia akan meminta bantuan profesional untuk merawat ketagihan seks dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Giggs, 37, yang bermain untuk kelab Manchester United (MU) menawarkan diri memasuki pusat pemulihan untuk membina semula kehidupan bersama keluarganya.

Menurut akhbar The Sun, Stacey, 32 juga bersetuju untuk cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.

Stacey memutuskan untuk setia di sisi Giggs setelah dia membuat pelbagai janji untuk berubah di samping mengakui bahawa dia tidak dapat hidup tanpa isterinya.

Reputasi bersih pemain tengah MU itu lebur selepas hubungan sulit lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu.

Stacey yang memiliki dua anak bersama Giggs memberitahu seorang rakan rapatnya: "Giggs sakit (ketagihan seks) dan dia memerlukan bantuan saya. Selagi dia mengotakan janjinya, perkahwinan kami akan terus bertahan,".

"Suami saya tidak pernah mencintai Imogen dan Natasha ialah seorang pembohong. Keluarga kami akan dapat mengatasi kemelut ini," tambahnya.

Kelmarin, bintang bola sepak itu kelab didakwa menawarkan adiknya, Rhodri wang sebanyak AS$406,942 (RM1.2 juta) supaya dia tidak membuat pendedahan yang memalukan keluarga mereka.

Sementara itu, perkahwinan Rhodri dengan Natasha dilihat tidak akan kembali pulih, terutama selepas akhbar The Sun mendedahkan bahawa Natasha turut tidur dengan bekas pemain pasukan MU seperti Danny Simpson, Phil Bardsley dan Dwight Yorke, selain seorang promoter kelab malam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta

Posted:

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta


ASHLEY ALFORD


ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.

Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.

Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.

Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.

Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Basikal elektrik boleh lipat

Posted:

Basikal elektrik boleh lipat

Basikal elektrik boleh lipat


BASIKAL Voltitude apabila dilipat (kanan) dan dibuka (kiri).


ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.

Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.

Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.

Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan