Khamis, 9 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tatu gambar rakan Facebook

Posted: 08 Jun 2011 09:52 AM PDT

TREND...tatu Facebook  penyanyi rap T-Pain.
TREND...tatu Facebook penyanyi rap T-Pain.

AMSTERDAM: Sesetengah orang suka menunjuk-nunjuk mengenai bilangan rakan yang mereka miliki dalam Facebook.

Namun, kebanyakannya tidaklah melakukan perbuatan keterlaluan hingga mentatu gambar profil mereka di lengan. Seorang wanita mengambl keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.


Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube.

Wanita yang menggunakan nama 'Suzyj87' menulis: "Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!" Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.


"Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama," tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan Suzyj 87 menerusi Youtube.


Ilham membuat tatu itu mengikuti trend yang dimulakan penyanyi rap T-Pain. Dia mempunyai tatu Facebook di lengannya yang berbunyi: "Anda tidak perlu sukakan saya" dengan tanda bagus, lambang laman itu.

T-Pain memuat turun gambar tatu baru itu di laman Twitter dengan menulis: "Saya membuat tatu setiap kali saya datang ke Hawaii. Saya rasa tatu yang ini cantik, kecuali Facebook menghentikan operasinya," - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru yoga ancam beri latihan senjata kepada 11,000 pengikut

Posted: 08 Jun 2011 09:49 AM PDT

NEW DELHI: Seorang guru yoga popular yang bantahannya terhadap gejala rasuah dipatahkan polis minggu lalu memberi amaran, mengenai kemungkinan tercetusnya keganasan dan mengancam memberikan latihan ketenteraan kepada 11,000 pengikutnya.

Swami Ramdev yang juga dikenali sebagai Baba Ramdev membuat ancaman itu di kediamannya berdekatan bandar suci Haridwar kira-kira 200 kilometer ke utara New Delhi. Ramdev, yang popular menerusi program yoga di televisyen, menggesa pengikutnya, lelaki dan wanita, menyertai 'tenteranya.' "Mereka perlu bersungguh-sungguh, bersedia melakukan pengorbanan," katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh rangkaian berita televisyen.


"Mereka akan diberi latihan senjata. Kita akan membentuk pasukan tentera seramai 11,000 orang." - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan