Khamis, 12 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


CIA tunjuk ahli Kongres gambar Osama

Posted: 12 May 2011 01:23 PM PDT

Dunia

KEMEJA-T dengan kenyataan 'Obama Got Osama' dipamerkan di sebuah kedai di Virginia Beach, Virginia.

KEMEJA-T dengan kenyataan 'Obama Got Osama' dipamerkan di sebuah kedai di Virginia Beach, Virginia.

Senator didedahkan 15 keping gambar mengerikan wajah pemimpin al-Qaeda

WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) mula menunjukkan kepada ahli Kongres gambar jenazah pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang didakwa Presiden Barack Obama terlalu ngeri untuk didedahkan kepada umum.

Senator James Inhoffe, seorang anggota Republikan dari Oklahoma, berkata beliau ditunjukkan 15 keping gambar Osama selepas dibunuh dalam satu serbuan komando Amerika Syarikat (AS) 2 Mei lalu. Dalam satu temuramah dengan CNN, Inhoffe bersetuju gambar yang diambil di kediaman suspek pengganas itu di Abbottabad, Pakistan agak 'mengerikan.'
"Satu daripada tembakan memasuki telinga dan keluar menerusi soket matanya. Atau ia melalui soket mata dan keluar kemudian meletup," katanya.

"Itu menyebabkan otaknya terkeluar dari soket mata, justeru, agak mengerikan."
Tiga gambar itu diambil selepas jenazah Osama dibawa keluar dari kediamannya dan diterbangkan ke kapal pengangkut pesawat Amerika di Laut Arab, kata Inhoffe.

Mereka menunjukkan jenazah pemimpin al-Qaeda itu dimandi dan disiapkan untuk dikebumikan mengikut amalan Islam dan kemudian diturunkan ke laut, katanya.
"Mereka sudah membersihkan darah dan serpihan peluru dari wajahnya, justeru, adalah lebih mudah mengenal pasti siapa dirinya," kata Inhoffe.

Inhoffe tidak mempunyai sebarang keraguan lelaki terbabit adalah Osama.
"Sudah tentu, tiada keraguan mengenainya. Saya melihatnya. Itu dirinya. Dia sudah tiada. Dia menjadi sejarah," katanya.

Dalam memutuskan untuk tidak mendedahkan gambar itu kepada umum, Rumah Putih melahirkan kebimbangan ia akan membakar sentimen marah di Asia Barat dan digunakan sebagai alat propaganda menentang AS.

Namun, Inhoffe yang menganggap gambar itu sepatutnya didedahkan kepada umum, berkata beliau percaya apa yang diambil di atas kapal USS Carl Vinson perlu didedahkan.

Selain Inhoffe dan anggota Republikan Kanan dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata Senat, gambar itu akan ditunjukkan kepada anggota jawatankuasa utama lain.

John McCain, senator Republikan, memberitahu seorang wartawan, beliau tidak bercadang melihat imej itu, mengakui: "Saya sudah menyaksikan ramai orang mati dalam hidup saya." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syria sasar pemimpin pembangkang

Posted: 12 May 2011 01:22 PM PDT

Dunia

SEORANG askar Syria berselindung di sebalik guni pasir dekat lampu trafik    menghadapi kekacauan di bandar Homs.

SEORANG askar Syria berselindung di sebalik guni pasir dekat lampu trafik menghadapi kekacauan di bandar Homs.

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, apabila tentera Syria dan sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas sebuah kediaman dan menahan pemimpin pembangkang di beberapa bandar di negara itu semalam.

Sementara itu, beribu-ribu pelajar mengadakan tunjuk perasaan di Alleppo, bandar kedua terbesar di Syria, sebelum disuraikan penyokong kerajaan dan pasukan keselamatan menggunakan belantan.

"Penduduk Syria dibunuh dan Presiden Bashar mengetahuinya tetapi bersikap 'lepas tangan'. Tiada siapa cuba menghalangnya," kata seorang penduduk yang dihubungi di rumahnya di Banis. Ketua Pertubuhan Hak Asasi Kebangsaan Syria, Ammar Qurabi, berkata antara terbunuh seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

"Penembak curi membunuh 13 orang termasuk kanak-kanak terbabit di perkampungan Al-Harra, berhampiran pusat tunjuk perasaan di Daraa, selatan Damsyik," katanya.

Qurabi berkata, tembakan kereta kebal menyebabkan lima terbunuh di daerah Baba Amr di pinggir bandar perindustrian Homs. Seorang penduduk awam maut di Jassem berhampiran Daraa.

Sementara itu, agensi berita kerajaan SANA melaporkan dua askar terbunuh dan lima lagi cedera dalam pertempuran dengan 'kumpulan pengganas bersenjata' di kawasan tunjuk perasaan di Homs dan Daraa semalam.
"Pertempuran berlaku ketika askar dan anggota keselamatan menahan berpuluh lelaki dan merampas sejumlah besar senjata serta peluru di kejiranan Bab Amr di Homs dan Daraa," kata anggota Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdul Rahman. – AFP

INFO: Bantahan di Syria

  • Tunjuk perasaan bermula 26 Januari tahun ini, dirangsang bantahan di Mesir dan Tunisia.
  • Penunjuk perasaan menuntut perintah darurat sejak 1963 ditarik balik serta hak asasi ditegakkan.
  • Pada 15 Mac, beribu-ribu penduduk membuat bantahan di seluruh Syria termasuk di al-Hasakah, Aleppo, Damsyik, Daraa, Deir ez-Zor dan Hama.
  • Seluruh anggota Kabinet diarah meletak jawatan pada 29 Mac dan Adel Safar dinamakan presiden baru.
  • Sejak 25 April bandar Deraa, Baniyas dan Homs dikepung tentera berikutan bantahan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Komen