Ahad, 1 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Lebih ramai tonton pengebumian Diana

Posted: 01 May 2011 03:03 PM PDT

Dunia

Puteri Diana

Puteri Diana

23j warga AS saksi perkahwinan William, Kate

LOS ANGELES: Hampir 23 juta penonton televisyen Amerika Syarikat (AS) menyaksikan siaran langsung perkahwinan Putera William dan Kate Middleton walaupun siaran itu disiarkan sebelum subuh di negara itu.

Bagaimanapun, menurut agensi Nielsen, data penilaian dikeluarkan kelmarin menunjukkan minat penonton televisyen AS terhadap perkahwinan diraja Britain itu jauh lebih rendah berbanding acara pengebumian Puteri Diana pada 1997.

Nielsen berkata, 22.7 juta penduduk Amerika menyaksikan siaran langsung perkahwinan diraja di 11 rangkaian. Penduduk Amerika berjumlah 310 juta orang. Jika dibandingkan, 33.2 juta penduduk Amerika menyaksikan acara pengebumian Diana di London pada September 1999. Diana, ibu kepada William terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada usia 36 tahun.

Kajian Nielsen tidak merangkumi jutaan penonton yang menyaksikan majlis perkahwinan itu di rangkaian Amerika yang lebih kecil atau online, di mana minat terhadap pasangan itu mengatasi liputan untuk bintang filem dan penyanyi pop sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

E! Online melaporkan, 23.6 juta orang melayari laman web berkenaan bagi menyaksikan siaran langsung perkahwinan diraja itu.

Dianggarkan penonton televisyen global dan online bagi perkahwinan itu mencecah 2.4 bilion orang, lebih satu daripada tiga penduduk dunia jika angka itu tepat. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

700 kilang di China tiru gaun Kate

Posted: 01 May 2011 03:01 PM PDT

Dunia

GAUN yang dipakai Kate ketika majlis perkahwinannya mendapat permintaan tinggi di China. - Foto AFP

GAUN yang dipakai Kate ketika majlis perkahwinannya mendapat permintaan tinggi di China. - Foto AFP

BEIJING: Lebih 700 kilang baju perkahwinan dan kedai di Tiger Hills, di bahagian lama bandar raya Beijing, merancang menawarkan pakaian pengantin seumpama isteri Putera William, Duchess of Cambridge Kate Middleton yang direka Sarah Burton dari syarikat Alexander McQueen dengan kadar yang murah.

"Kami sudah meniru banyak pakaian sebelum ini, dan tukang jahit kami meniru gaun Puteri Diana dengan 80 peratus hampir sama," kata pengurus pengeluaran kilang pakaian perkahwinan, Bo En Qiao, Xu Xiang, 24.

Di belakang beliau, 20 pekerja sibuk menyiapkan gaun bersulam menggunakan imej pengantin diraja itu yang diletakkan dalam skrin monitor sebagai panduan. "Kami mengambil masa 15 hingga 20 hari untuk menyiapkan versi pakaian perkahwinan diraja terkini itu yang hanya dijual dengan harga £70 hingga £90 (RM346 hingga RM445)," tambahnya. Harga baju pengantin sebenar Middleton bernilai £38,000 (RM188,000).

Akhbar Telegraph melaporkan dengan harga terbabit, tentunya gaun pengantin tiruan China itu tidak disediakan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik 'carrickmacross' atau kain satin berwarna putih gading dengan kualiti sama.

"Sudah tentu kami akan menggunakan bahan yang lebih murah," kata Xu.
Bagi layah sepanjang 2.7 meter pula, Xu berkata pihaknya akan membuatnya jika diminta pelanggan.
"Kami boleh membuat layah sepanjang gaun Puteri Diana. Kami pernah membuat layah sepanjang 18 meter sebelum ini," katanya.

Bandar romantik Suzhou yang dipenuhi taman tradisional China menjadi satu daripada pusat pakaian pengantin di China. Ramai pengantin datang untuk membeli gaun dengan harga serendah £20 (RM99). – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen