Sabtu, 9 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Nato enggan mohon maaf

Posted: 08 Apr 2011 09:55 AM PDT

ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.
ANGGOTA pemberontak meratap di keranda rakan mereka yang terbunuh akibat dibom tentera Nato, di Benghazi, semalam.

AJDABIYA: Nato semalam enggan memohon maaf terhadap serangan udara yang menyebabkan beberapa anggota penentang Muammar Gaddafi terbunuh.

Timbalan pemerintah Nato, Laksamana Russel Harding dari Britain berkata, tentera pakatan itu tidak tahu pemberontak menggunakan kereta kebal.


"Dua serangan kami menyebabkan kematian beberapa anggota pemberontak yang mengendalikan kereta kebal," katanya.

Ketika ditanya sama ada pakatan itu memohon maaf kepada kumpulan penentang Gaddafi itu, Harding memberitahu wartawan: "Saya bukan meminta maaf. Keadaan di darat begitu mengelirukan. Sehingga semalam, saya tidak tahu bahawa pemberontak menggunakan kereta kebal," katanya.


'Peranan kami ialah melindungi orang awam. Kereta kebal sebelum ini digunakan oleh tentera Gaddafi untuk menyerang orang awam," kata Harding pada sidang akhbar video dari ibu pejabat operasi Libya pakatan berkenaan di Naples, Itali.


Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu menyaksikan pesawat Nato mengebom kedudukan pemberontak di Brega secara tidak sengaja.

Dalam kejadian pertama, pemberontak mengaku anggotanya tersilap menembak ke udara, menyebabkan pesawat Nato mengebom mereka.


Kejadian terbaru berlaku apabila beberapa kereta kebal diserang dalam serangan udara berhampiran Brega, 80 kilometer ke barat Ajdabiya.

Pemimpin pemberontak, Abdelfatah Yunis berkata di Benghazi, empat orang terbunuh, dua pejuang dan dua anggota perubatan.

Sementara itu, wartawan AFP berkata, Ajdabiya semalam dikuasai sepenuhnya oleh pemberontak. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nato akui sukar tumbangkan Gaddafi

Posted: 08 Apr 2011 09:54 AM PDT

TRIPOLI: Pemimpin kanan tentera Nato semalam mengakui serangan udara mereka tidak mencukupi untuk membantu kumpulan pemberontak menggulingkan Muammar Gaddafi.

Ketua Panglima Amerika Syarikat bagi Operasi di Afrika, Jeneral Carter Ham, berkata konflik di Libya menemui jalan buntu dan sukar untuk pemberontak menjejaki Tripoli bagi menyingkirkan Gaddafi. Harapan awal supaya serangan udara Barat ke atas tentera Gaddafi akan membuka ruang untuk memusnahkan kumpulan pemberontak apabila tentera kerajaan meletakkan senjata berhampiran penempatan awam dan menyukarkan Nato untuk melakukan serangan.


Jurucakap politik Nato, Oana Lungescu bersetuju dengan pendapat Ham.

"Kami sudah menjelaskan tiada penyelesaian terhadap konflik ini secara ketenteraan. "Oleh itu, amat penting untuk mencari penyelesaian secara politik," katanya. Kumpulan pemberontak menolak sebarang rundingan damai kecuali Gaddafi meninggalkan Libya. Oana, seperti juga pegawai Nato yang lain meluahkan kekecewaan kerana gagal masih belum mampu menumbangkan Gaddafi. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen