Khamis, 17 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Bahrain guna kereta kebal

Posted:

Bahrain guna kereta kebal

Bahrain guna kereta kebal


Imej daripada rakaman video merakamkan berpuluh-puluh kereta kebal dan kereta perisai bergerak menuju Dataran Mutiara di tengah Manama bagi mengawal penunjuk perasaan antikerajaan di Yemen, kelmarin. - AP


MANAMA 17 Feb. - Polis Bahrain menggempur khemah penunjuk perasaan di Dataran Pearl di Manama awal pagi semalam, mengakibatkan sekurang- kurang empat orang terbunuh.

Kira-kira 50 kereta kebal turut ditempatkan di ibu kota negara ini ketika kerajaan cuba menyuraikan demonstrasi bantahan sejak tiga hari lalu.

Seorang ahli Parlimen parti pembangkang, Wefaq, Ibrahim Mattar berkata, dua orang disahkan terbunuh dan ramai lagi cedera teruk dalam kejadian itu.

Seorang lagi ahli Parlimen Wefaq, Sayed Hadi berkata, seorang lagi penunjuk perasaan turut terbunuh, menjadikan angka kematian kepada lima orang sejak demonstrasi bermula di Bahrain awal minggu ini. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam maut di Libya

Posted:

Enam maut di Libya

Enam maut di Libya


Penyokong kerajaan mengangkat sepanduk potrait pemimpin Libya Muammar Gaddafi semasa mengadakan perhimpunan di Tripoli, kelmarin bagi menunjukkan sokongan kepada pemimpin veteran itu yang memerintah Libya sejak rampasan kuasa tentera pada 1969. - AFP


TRIPOLI 17 Feb. - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Libya dan penunjuk perasaan semalam, menurut laman web pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, hari ini, ketika Libya menghadapi 'Hari Kemarahan' di seluruh negara.

Laman web dan kumpulan hak asasi Libya yang beribu pejabat di London berkata, pertempuran antara penunjuk perasaan antirejim Muammar Gaddafi dengan pasukan keselamatan tercetus di timur pekan al-Baida, semalam.

"Pasukan keselamatan dan militia daripada Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup untuk meleraikan demonstrasi yang diadakan secara aman oleh golongan muda di pekan al-Baida.

"Tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terkorban dan ramai lagi cedera," lapor Libya Watch, kumpulan hak asasi kemanusiaan yang beribu pejabat di London.

Laman web pembangkang termasuk Libya al-Youm turut melaporkan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terbunuh akibat ditembak.

Berpuluh-puluh golongan muda Libya berhimpun di al-Baida malam tadi sambil memekik 'Rakyat mahu gulingkan rejim Gaddafi'.

Libya hari ini turut berhadapan 'Hari Kemarahan' yang dicetuskan oleh aktivis siber, dua hari selepas pertempuran di bandar kedua terbesar di negara ini, Benghazi mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 orang cedera.

Semalam, kerajaan Gadaffi membebaskan 110 anggota Kumpulan Pejuang Islam Libya termasuk tiga pemimpinnya bagi mengendurkan demonstrasi. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan