Khamis, 17 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


2.5 juta pelancong Indonesia lawat Malaysia 2010

Posted: 17 Feb 2011 03:23 PM PST

Dunia

JAKARTA: Seramai 2.5 juta warga Indonesia melancong ke Malaysia tahun lalu di sebalik kekecohan yang dicetuskan oleh sentimen anti-Malaysia oleh beberapa pihak di negara jiran itu.

Sekali gus keadaan itu membuktikan hubungan rakyat kedua-dua negara baik dan tidak terjejas meskipun ada pihak cuba 'mengganggu' hubungan itu kerana ia perkara lumrah mana-mana negara yang berjiran, kata Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Jamil Darus.

Malah, bilangan pengunjung Indonesia ke Malaysia tahun lalu bukan saja menepati sasaran, malah turut mencatatkan peningkatan berbanding 2.4 juta warga Indonesia yang melawat Malaysia pada 2009. Bagi tahun ini, Tourism Malaysia menyasar 2.7 juta pelancong Indonesia ke Malaysia dan ia bersedia mempromosi destinasi pelancongan Malaysia melalui pelbagai kempen di beberapa bandar utama di seluruh Indonesia.

Ia termasuk Jakarta, Bandung, Semarang, Yogyakarta dan Surabaya di Pulau Jawa, Manado dan Makasar di Sulawesi serta Balik Papan di Kalimantan.

"Tourism Malaysia antara lain akan menawarkan pakej promosi pelancongan menarik untuk golongan pelancong menengah sehingga ke golongan elit," katanya, di sini semalami.

Menurutnya antara produk pelancongan yang akan dipromosikan dengan lebih agresif ialah kesihatan, hartanah, hiburan, pendidikan dan pakej MICE iaitu singkatan kepada mesyuarat, insentif, konvensyen dan pemeran.
Jamil berkata, Tourism Malaysia akan bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk bersama-sama mencari ruang pasaran baru di kalangan rakyat Indonesia yang ingin mendapat perkhidmatan kesihatan atau melanjutkan pelajaran peringkat tinggi di Malaysia.

Selain itu katanya 14,000 pelajar Indonesia memilih Malaysia untuk menyambung pengajian mereka di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ketika ini. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Macam-macam: Guru sembur pewangi kerana murid bau kari

Posted: 17 Feb 2011 03:22 PM PST

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau kari.

Tiada ulasan:

Catat Komen