Sabtu, 12 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Mubarak tahu dia perlu letak jawatan - Bekas menteri Israel

Posted:

Mubarak tahu dia perlu letak jawatan - Bekas menteri Israel

Mubarak tahu dia perlu letak jawatan - Bekas menteri Israel


GAMBAR fail, dari kiri Allahyarham Presiden Palestin, Yasser Arafat, Mubarak, Perdana Menteri Sepanyol Jose Maria Aznar dan Menteri Luar Israel, Shimon Peres bergambar bersama semasa menghadiri Forum Euro-Mediteranean di Resort of Formentor di Pulau Majorca pada 2 November 2001. - Reuters


BAITULMAQDIS 12 Feb. - Bekas Menteri Pertahanan Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata, Presiden Mesir, Hosno Mubarak tahu bahawa beliau tiada pilihan selain terpaksa mengundurkan diri daripada jawatannya.

Ben-Eliezer berkata, Mubarak menyatakan perkara itu kepadanya semasa beliau menghubungi rakannya beberapa jam sebelum Mubarak menyampaikan ucapan melalui televisyen kepada rakyatnya kelmarin bagi memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Omar Suleiman.

''Beliau (Mubarak) tahu beliau tidak mempunyai pilihan kecuali meletakkan jawatan. Tetapi Mubarak nampak keadaan yang amat berbahaya yang bakal dihadapi Mesir pada masa depan,'' ujarnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak masih berada di Mesir?

Posted:

Mubarak masih berada di Mesir?

Mubarak masih berada di Mesir?


SEORANG pegawai tentera menulis kata-kata sokongan di atas baju seorang penunjuk perasaan di Dataran Tahrir selepas Presiden Hosni Mubarak mengumumkan peletakan jawatannya, semalam. - REUTERS


KAHERAH 12 Feb. Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dipercayai masih berada pusat peranginan di Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kira-kira 570 kilometer dari sini.

Beliau dan keluarganya dipindahkan ke sebuah rumah agamnya di pusat peranginan itu selepas meletakkan jawatan, semalam.

Mubarak dan keluarganya dipercayai diberi kawalan ketat tentera elite Mesir bagi mengelakkan penunjuk perasaan mengancam keselamatannya.

Bagaimanapun, Mubarak dilihat tidak akan berada di rumah agam tersebut untuk jangka waktu yang lama.

Ini kerana selepas penubuhan kerajaan Mesir yang baru, Mubarak dijangka dikenakan tindakan undang-undang di atas pelbagai dakwaan.

Dalam pada itu, isteri Mubarak, Suzanne dan anaknya, Gamal dilaporkan sudah berangkat ke luar negara dan kini menetap di apartmen agam enam tingkat milik mereka di Knightbridge, London.

Mubarak kini dilihat cuba mengorak langkah untuk memilih destinasi bagi menyelamatkan dirinya.

Mubarak mungkin memilih Arab Saudi kerana menyediakan pelbagai kelebihan termasuk dapat menyelamatkannya daripada waran tangkap antarabangsa.

Selain Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Libya turut menjadi destinasi Mubarak serta Amerika Syarikat yang merupakan negara sekutu rapatnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan