Selasa, 8 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk Mesir kembali protes

Posted:

Penduduk Mesir kembali protes

Penduduk Mesir kembali protes


Penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi Dataran Tahrir di Kaherah, semalam bagi terus mendesak Mubarak berundur. – AFP


KAHERAH 8 Feb. – Beribu-ribu penunjuk perasaan kembali memenuhi Dataran Tahrir hari ini, kebanyakan mereka merupakan muka baru dan bertenaga bagi mendesak Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan masuk hari ke-15 setelah dataran itu lengang seketika minggu lalu.

Penunjuk perasaan meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kerana mendakwa media kerajaan menipu berhubung perletakan jawatan presiden tersebut.

Perhimpunan hari ini dilihat lebih besar berbanding hari-hari sebelumnya dengan ruang kosong di Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dengan begitu cepat, menyertai sebahagian rakan-rakan mereka yang berkampung di dataran itu sebelum ini.

Wartawan Reuters, Dina Zayed berkata, perhimpunan hari ini lebih besar berbanding pada Jumaat lalu.

"Ini merupakan salah satu perhimpunan paling besar sejak tunjuk perasaan tercetus pada 25 Januari lalu bagi mendesak Mubarak berundur," katanya.

Berdasarkan anggaran kasar, luas kawasan tunjuk perasaan itu boleh mengisi suku juta orang jika kawasan itu betul-betul padat dipenuhi dengan orang ramai.

Tunjuk perasaan turut kembali berlaku di bandar-bandar lain hari ini termasuk di Iskandariah dengan penduduk membawa sepanduk-sepanduk menggesa Mubarak berundur.

Penunjuk perasaan itu daripada semua lapisan umur dan latar belakang datang dari seluruh pelusuk Mesir sejak tengah hari.

Bekas menteri pengangkutan Mesir, Essam Sharaf yang menjadi menteri dari 2004 hingga 2005 dilihat turut menyertai penunjuk perasaan berarak menuju ke Dataran Tahrir hari ini dengan bersorak: "Kami mahu gulingkan rejim (Mubarak)."

Sementara itu, Mubarak semalam mengumumkan kenaikan gaji sektor awam sebanyak 15 peratus dan mengarahkan siasatan berhubung keganasan maut dalam tunjuk perasaan baru-baru ini, sebagai cubaan meredakan protes jalanan yang terus mendesaknya meletakkan jawatan.

Keputusan itu dibuat Mubarak selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet barunya untuk kali pertama semalam, sementara rejimnya berusaha menggerakkan semula ekonomi, meskipun menghadapi demonstrasi.

Lapor agensi berita rasmi MENA, Kabinet meluluskan rancangan untuk memberi kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada kakitangan awam mulai April ini dan membelanjakan 6.5 bilion pound Mesir (RM2.91 bilion) bagi menaikkan pencen. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sempadan Thai, Kemboja terus tegang

Posted:

Sempadan Thai, Kemboja terus tegang

Sempadan Thai, Kemboja terus tegang

PRAEH VIHEAR, Kemboja 8 Feb. - Tentera Thai dan Kemboja diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, hari ini selepas siri pertempuran tercetus sejak beberapa hari lalu di kawasan sempadan yang dipertikaikan antara kedua-dua negara berdekatan kuil purba Praeh Vihear.

Tentera kedua-dua negara tidak melepaskan tembakan tetapi kekal berada di kedudukan masing-masing kerana khuatir pertempuran akan berlaku semula di kawasan sempadan seluas 4.6 kilometer persegi yang dituntut kedua-dua negara berjiran itu.

Thai dan Kemboja masing-masing menuding jari berhubung pertempuran yang membunuh sekurang-kurangnya dua rakyat Thai dan lapan rakyat Kemboja sejak Jumaat lalu, selain memarakkan lagi tunjuk perasaan 'Baju Kuning' di Thailand yang mendesak kerajaan meletak jawatan.

Di wilayah Praeh Vihear, Kemboja, tentera membenarkan pemberita masuk ke negara itu melalui pusat pemeriksaan tentera berhampiran kuil Hindu kurun ke-11 tersebut.

Sementara di Thailand, kawasan perkampungan seperti Ban Sangam di wilayah Si Sa Ket yang terletak kira-kira 4.3 kilometer dari sempadan sunyi sepi dan hanya bunyi trak tentera kedengaran.

Gabenor wilayah Si Sa Ket, Somsak Suvarnsujarit berkata, kira-kira 16,654 penduduk telah dipindahkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kabinet Thailand hari ini menguatkuasakan undang-undang keselamatan khas di tujuh daerah di Bangkok termasuk kawasan kompleks membeli belah terbesar di bandar raya itu serta sekitar pejabat kerajaan, menjelang tunjuk perasaan oleh aktivis 'Baju Kuning'.

Jurucakap kerajaan Panitan Wattanayagorn berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu meliputi daerah-daerah yang menempatkan pejabat Perdana Menteri dan Parlimen.

"Kabinet meluluskan penggunaan undang-undang ini bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan di kawasan yang boleh mendatangkan ancaman semasa bantahan dilancarkan," katanya, sambil menambah kata bahawa undang-undang tersebut akan berkuatkuasa mulai esok hingga 23 Februari ini.

Pergerakan 'Baju Kuning' yang sebelum ini membantu Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkuasa, kini berpaling tadah dan mendesak beliau meletak jawatan selepas pemimpin itu dilihat gagal mengambil tindakan tegas berhubung kes pertikaian sempadan dengan Kemboja. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan