Isnin, 7 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gencatan senjata gagal

Posted:

Gencatan senjata gagal

Gencatan senjata gagal


Tentera Kemboja berdiri di atas sebuah kereta kebal berkawal di Kuil Preah Vhear di wilayah Preah Vihear, kira-kira 500 kilometer ke barat laut Phnom Penh, kelmarin. - AFP


BANGKOK 7 Feb. - Tiga belas tentera Thai dan seorang orang awam cedera dalam pertempuran terbaru dengan tentera Kemboja di mana kawasan pertempuran diperluaskan di luar kawasan sempadan yang dipertikaikan ketika gencatan senjata berlangsung tidak sampai 24 jam.

Jurucakap Tentera Thai Kol. Sansern Keowkamnerd hari ini berkata, mereka mengalami kecederaan ketika berlaku pertempuran pada pukul 6.30 petang semalam di daerah Kantharalak, wilayah Si Sa Ket, kira-kira 550km timur Bangkok.

Kedua-dua pihak menggunakan senjata berat termasuk roket, mesingan, meriam, dan artileri dengan tentera Kemboja dilaporkan melancarkan serangan dari stesen mereka di Bukit Phu Ma Khua dan Chong Don Aou.

Kol. Sansern mendakwa tentera Kemboja terlebih dahulu memulakan serangan di bumi Thai dan segera dibalas oleh pihak Thai.

"Sekolah dan banyak kampung terkena tembakan," katanya, sambil menambah kata, insiden itu memaksa beribu-ribu penduduk kampung dipindahkan sementara ke kubu bawah tanah dan tempat lebih selamat.

Pihak berkuasa Si Sa Ket telah menjadikan dewan orang ramai dan stadium sebagai tempat perlindungan sementara.

Kedua-dua pihak mencapai perjanjian gencatan senjata pada pukul 7 petang Sabtu lepas, berikutan pertempuran yang tercetus di kawasan sempadan yang dipertikaikan pada Jumaat, yang mengorbankan dua rakyat Thai, seorang daripadanya orang awam, manakala 12 tentera cedera, selain mengakibatkan kerosakan sebuah sekolah dan beberapa buah rumah dalam pertempuran yang berlangsung selama dua hari.

Pertempuran semalam berlangsung kira-kira tiga jam dan disambung semula pada kira-kira 8.30 pagi ini.

Dalam perkembangan lain, laporan dari Phnom Penh menyebut Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu malam semalam untuk meminta campur tangan badan dunia itu.

Phnom Penh mahu Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar untuk menghentikan pencerobohan Thai ke dalam wilayah Kemboja. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jerman sedia terima Mubarak jalani perubatan

Posted:

Jerman sedia terima Mubarak jalani perubatan

Jerman sedia terima Mubarak jalani perubatan

BERLIN 7 Feb. - Anggota parti pemerintah Jerman menyokong cadangan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak datang ke Jerman untuk menjalani pemeriksaan perubatan berpanjangan sebagai jalan keluar daripada krisis politik di negaranya.

Ahli Parlimen daripada Parti Demokrat Kristian (CDU) pimpinan Canselor Angela Merkel dan rakan mereka dalam kerajaan campuran, Demokratik Bebas (FDP) mengalu-alukan langkah itu sebagai cara terhormat untuk Mubarak meninggalkan politik, lapor akhbar Bild am Sonntag, semalam.

"Kita perlu melihat peralihan kuasa berlaku secara aman di Mesir.

"Jika Jerman boleh memberi sumbangan positif dalam konteks antarabangsa, kita harus menerima kedatangan Mubarak jika beliau bersetuju," kata anggota Parlimen CDU, Andreas Schockenhoff yang juga pakar dasar luar.

Jurucakap FDP di Parlimen, Elke Hoff berkata, beliau mengalu-alukannya jika Mubarak datang ke Jerman, 'sekiranya langkah ini dapat membantu menstabilkan situasi di Mesir'.

"Lagi pun ini bukan kes perlindungan politik," tambah Hoff.

Sumber kerajaan berkata, Mubarak akan dibenarkan masuk ke Jerman untuk mendapat rawatan perubatan.

Kelmarin, akhbar New York Times (NYT) di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, satu cara untuk Mubarak, 82, meninggalkan negara tanpa secara terang-terangan dilihat tunduk kepada desakan supaya beliau meletakkan jawatan ialah dengan melakukan lawatan berpanjangan ke Jerman atas sebab perubatan.

Mubarak sebelum ini pernah menjalani rawatan perubatan di Jerman, dan pada Mac lalu menghabiskan masa tiga minggu di sebuah klinik di Heidelberg untuk menjalani pembedahan membuang pundi hempedunya. - dpa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan