Khamis, 10 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tunjuk perasaan masih berterusan

Posted:

Tunjuk perasaan masih berterusan

Tunjuk perasaan masih berterusan


Sejumlah penunjuk perasaan anti-Presiden Hosni Mubarak meletakkan bendera gergasi di depan bangunan Parlimen di Kaherah semalam.


KAHERAH - Aktivis-aktivis anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak mendesak para penyokong mereka meningkatkan lagi tunjuk perasaan di negara ini.

Desakan itu dibuat walaupun Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman memberi amaran bahawa sikap berlembut pemerintah terhadap penunjuk perasaan tidak akan berkekalan buat selama-lamanya.

Tunjuk perasaan bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan itu dibuat sejak 25 Januari lalu.

Omar yang mengendalikan krisis tunjuk perasaan itu menyatakan kelmarin bahawa para penunjuk perasaan tersebut mungkin akan disuraikan.

Para penunjuk perasaan itu menegaskan mereka tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

"Beliau (Omar) mengancam untuk melaksanakan undang-undang darurat yang bermakna semua orang yang berhimpun di Dataran Tahrir akan dipaksa mengosongkan tempat ini," kata seorang jurucakap bagi lima buah kumpulan yang mendalangi protes anti-Hosni di Dataran tahrir, Abdul-Rahman Samir.

"Kami akan memprotes dan tidak akan berunding sehingga Hosni meletakkan jawatan," tambahnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mati selepas punggung disuntik

Posted:

Mati selepas punggung disuntik

Mati selepas punggung disuntik


SEBUAH van polis bergerak dari Hotel Hampton Inn di Philadelphia kelmarin.


PHILADELPHIA - Seorang wanita berusia 20-an meninggal dunia selepas dia disuntik di bahagian punggungnya bagi tujuan untuk membesarkannya di hotel berhampiran sebuah lapangan terbang Philadelphia, Amerika Syarikat kelmarin.

Pihak polis yang sedang menyiasat mengenai punca sebenar kematiannya memberitahu, mangsa bersama tiga orang rakannya datang dari London dan menginap di hotel Hampton Inn.

Menurut polis, dua orang daripada mereka pernah datang ke sini pada November lalu untuk menjalani rawatan membesarkan punggung.

Pada Isnin lalu, salah seorang daripada mereka mendapatkan satu lagi suntikan tambahan.

Sementara itu, seorang rakannya menjalani pembedahan membesarkan pinggul.

Seorang pegawai polis, Joseph Murray memberitahu, wanita yang disuntik itu kemudian dihantar ke hospital dan meninggal dunia kelmarin.

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pegawai perubatan dari hospital daerah Delaware bagaimanapun masih belum dikeluarkan.

Polis kini mencari dua individu yang terlibat dalam prosedur kosmetik tersebut.

Mereka percaya prosedur itu diuruskan menerusi Internet. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam

Posted:

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam

Kecoh gosip Paris Hilton peluk agama Islam


GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung.


LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan