Khamis, 10 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


40 terbunuh di Kharga

Posted: 09 Feb 2011 07:16 AM PST

PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.
PENUNJUK perasaan antikerajaan berkumpul berhampiran kereta kebal yang mengawal Muzium Mesir, berhampiran Medan Tahrir, semalam.

KAHERAH: Kumpulan pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin berkata semalam, sekurang-kurangnya 40 penunjuk perasaan terbunuh di Kharga, selatan negara itu ketika revolusi rakyat di seluruh Mesir masuk hari ke-16 semalam.

Ikhwan, dalam kenyataannya berkata, pasukan keselamatan Mesir mensasarkan penunjuk perasaan antikerajaan di daerah itu dengan peluru hidup.


Sementara itu, Medan tahrir di Kaherah terus sesak dengan penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sehingga ini, pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, hampir 300 orang terbunuh akibat tunjuk peerasaan itu, se selepas pegawainya melawat sembilan hospital. Dalam pada itu, Naib Presiden, Omar Suleiman berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertolak ansur dengan tunjuk perasaan yang sudah berlarutan begitu lama.


Omar berkata demikian ketika 50,000 penunjuk perasaan menghalang Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada memasuki pejabatnya di Kaherah sambil mendesak beliau meletak jawatan bersama-sama anggota Kabinetnya yang lain.


Orang ramai juga berarak ke Kementerian Dalam Negeri dan bangunan Parlimen di ibu negara itu meskipun kerajaan berjanji untuk melakukan pembaharuan pada perlembagaan dan menaikkan gaji kakitangan awam.

Omar juga berkata, kerajaan mempunyai rancangan dan jadual untuk pemindahan kuasa secara aman.


Di Iskandariah, bandar kedua terbesar Mesir, ramai penunjuk perasaan meluahkan rasa marah terhadap sikap Amerika Syarikat dalam menangani revolusi di negara itu.

Sementara itu, beribu-ribu pekerja di bandar Suez dan Ismailia melancarkan mogok. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Al-Qaeda Iraq gesa penduduk bebaskan tahanan di penjara

Posted: 09 Feb 2011 07:16 AM PST

DUBAI: Sayap bersenjata Al-Qaeda di Iraq semalam menggesa penduduk Islam Mesir membebaskan semua tahanan dari penjara negara itu.

Ia juga merayu supaya dilancarkan perang jihad selepas Kaherah berkata, militan Islam melarikan diri dari penjara ketika tunjuk perasaan antikerajaan.

Negara Islam Iraq (ISI) turut mengecam kerajaan Mesir kerana gagal melaksanakan undang-undang Islam dan berkata, adalah lebih baik bagi umat Islam untuk mati berjuang menentang kerajaan mereka daripada hidup di bawah pemerintahannnya.

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman berkata semalam, militan yang ada hubungan dengan al-Qaeda adalah antara beribu-ribu tahanan yang melarikan diri dari penjara negara itu bulan lalu ketika kekacauan meletus ekoran tunjuk perasaan. — Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan