Khamis, 10 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ikhwan risau tentera ambil alih

Posted: 10 Feb 2011 01:42 PM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan ceria mendengar pengumuman tentera mengambil alih pemerintahan.

PENUNJUK perasaan ceria mendengar pengumuman tentera mengambil alih pemerintahan.

Anggap Hosni Mubarak bukan masalah tetapi keseluruhan pentadbiran

KAHERAH: Seorang pegawai kanan pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin, menyuarakan kebimbangan dengan tindakan tentera Mesir mengambil alih pemerintahan dengan merampas kuasa.

"Ia nampaknya satu rampasan kuasa tentera. Saya bimbang. Masalahnya bukan presiden tetapi rejim yang memerintah," kata Essam al-Erian.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Demokratik Kebangsaan (NDP), parti yang memerintah pula bersetuju supaya Mubarak berundur selepas penunjuk perasaan menuntutnya meletakkan jawatan. "Saya jangka presiden akan memberi jawapan kepada tuntutan rakyat kerana apa yang penting bagi beliau ialah kestabilan negara. Jawatan tidak penting baginya," kata Hossam Badrawi.

"Saya berpendapat, tindakan paling tepat ialah menghantar surat meminta Perlembagaan dipinda, meletak jawatan dan memberi kuasa kepada Naib Presiden serta meminta pilihan raya segera diadakan selepas pindaan diluluskan.
"Saya tidak fikir beliau akan tinggalkan negara. Beliau wira dan banyak melakukan kebaikan mahupun kesilapan," katanya lagi.

Awalnya, Kerajaan Mesir memberi amaran tentera akan bertindak keras kepada penunjuk perasaan yang membantah Presiden Hosni Mubarak tetapi protes diteruskan dan diperhebatkan mogok pekerja pada hari ke-17 bantahan antikerajaan, semalam.
Penunjuk perasaan juga berkumpul sambil menjerit slogan bantahan di depan Parlimen, bangunan Kabinet dan Kementerian Kesihatan tidak jauh dari Dataran Tahrir selain menyekat Perdana Menteri, Ahmed Shafiq daripada tiba di pejabatnya.

"Mubarak, beritahu kami di mana kamu dapat AS$70 bllion (RM210 bilion)," laung berpuluh-puluh penunjuk perasaan di depan Kementerian Kesihatan, merujuk kepada laporan pemimpin itu mengumpul kekayaan besar sejak memerintah.

Laporan mengenai ramai penunjuk perasaan ditahan tentera dan didera turut luas tersebar. Ratusan penunjuk perasaan berarak ke parlimen dari tempat perhimpunan di Dataran Tahrir sehari selepas protes besar-besaran sejak kebangkitan bermula di seluruh negara.

Menteri Luar, Ahmed Abul Gheit memberi amaran, tentera masih tidak menyokong mana-mana pihak tetapi akan campur tangan jika protes terhadap pemerintahan 30 tahun Mubarak yang turut disokong Amerika Syarikat itu menjadi ganas.

"Jika kekacauan berlaku, pasukan bersenjata akan campur tangan, langkah yang mungkin membawa kepada situasi yang lebih bahaya," lapor agensi berita MENA yang memetik temuramah Abul Gheit di saluran televisyen al-Arabiyah.

Kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden, Omar Suleiman memberi amaran rampasan kuasa kemungkinan berlaku jika peralihan kuasa secara aman gagal dilaksanakan. Abul Gheit turut menyelar Amerika kerana mahu pembaharuan segera.

"Amerika memaksa negara besar seperti Mesir ini mengambil tindakan segera sedangkan selama ini, Mesir berkawan baik dengannya," katanya.

Penunjuk perasaan bagaimanapun tidak menunjukkan tanda untuk berundur dan ratusan ribu terus membanjiri Dataran Tahrir. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga AS mengaku bersalah tuduhan jihad

Posted: 10 Feb 2011 01:42 PM PST

Dunia

WASHINGTON: Seorang rakyat Amerika Syarikat mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh dan keganasan selepas didakwa terbabit dalam satu komplot 'melakukan jihad ganas' di negara asing.

Jabatan Kehakiman berkata, Daniel Patrick Boyd, 40, atau Saifullah mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Carolina Utara atas dakwaan bersubahat memberi sokongan 'material' kepada pengganas dan bersubahat membunuh, menculik, mencacatkan dan mencederakan warga asing di negara mangsa.

Boyd didakwa bersama tujuh lain dalam pendakwaan persekutuan pada 22 Julai 2009. Dia ditahan seminggu kemudian. Perjanjian pengakuan bersalah itu dibuat ketika Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Janet Napolitano memberi amaran bahawa Amerika berdepan 'ancaman meningkat' serangan pengganas, amaran terburuk sejak tragedi 11 September 2001.

Beliau memberitahu pembuat dasar di sini ada 'ada usaha untuk merekrut rakyat Amerika dan orang Barat melakukan serangan.'

"Kumpulan ini cuba merekrut orang ramai melakukan serangan yang memberi kesan kepada Barat, namun tidak memiliki hubungan kuat dengan kumpulan pengganas kemungkinan mendapat maklumat daripada masyarakat perisikan.

"Mereka juga menggalakkan individu di Barat menjalankan serangan skala kecil sendiri, yang kurang memerlukan koordinasi dan perancangan yang mungkin menaikkan dapat dikesan sekali gus mengganggu serangan," katanya.
Menurut penyiasat, Boyd berkunjung ke Pakistan dan Afghanistan ketika tempoh 1989 hingga 1992 dan menerima latihan ala tentera di kem latihan pengganas untuk tujuan melakukan jihad," kata Jabatan Kehakiman.

Selepas latihan itu, menurut kertas pendakwaan, dia berjuang di Afghanistan. Dari November hingga sekurang-kurangnya Julai 2009, Boyd 'bersubahat dengan defendan lain untuk menyediakan sokongan material dan sumber kepada pengganas termasuk wang, latihan, pengangkutan dan kakitangan," kata kenyataan itu.

"Sasaran komplot itu, menurut pendakwaan adalah untuk melanjutkan jihad secara ganas termasuk menyokong dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengganas di luar negara dan melakukan pembunuhan, penculikan atau mencacatkan seseorang di luar negara." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan